Kes Belum Selesai, Sekali Azwan Ali Jumpa Wani Comel

Nama Wani Chomel sebelum ini telah menjadi perbualan hangat netizen selepas dia mendakwa dirinya dianiaya oleh seorang usahawan kosmetik.

Berikutan daripada isu tersebut, pengacara sensasi iaitu Azwan Ali, telah memuat naik satu video mengenai detik pertemuannya dengan gadis berusia 23 tahun itu. Rakaman video tersebut juga menunjukkan Azwan Ali memberikan kata-kata semangat buat peminatnya itu.

Adik Wanie comel

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @divaazwanaavazzztersohor1

Awak kena kuat, jangan patah semangat. Kalau adik Wani rasa ada point-point betul pertahankan je.

Menerusi rakaman video berdurasi 9:47 saat itu, Azwan Ali atau mesra disapa Diva AA bertemu Wani yang juga peminatnya di salah sebuah hotel terkemuka. Semasa pertemuan tersebut, Diva AA sempat memberi nasihat kepada Wani untuk terus kuat dan tidak berpatah semangat dalam memperjuangkan haknya. Tambahnya lagi, sekiranya Wani atau nama sebenarnya Nurul Airawani Nazira mempunyai ‘point’ yang tepat dan benar, dia harus memperjuangkan dan mempertahankan ‘point’ tersebut sehingga membuahkan hasil.

Sebelum ini, Wani telah memberitahu Diva AA bahawa dia merupakan peminat pengacara sensasi tersebut. Wani juga berharap suatu hari nanti dia dapat berjumpa dengan Diva AA. Namun, siapa sangka Diva AA sanggup meluangkan masa bertemu dengannya baru-baru ini.

Lemah lembut Diva AA cakap

Rata-rata netizen memberi komen positif terhadap Diva AA kerana memberi sokongan positif kepada Wani. Mereka juga mendoakan agar urusan Wani dipermudahkan kelak.

Sumber: Azwan Ali

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : AppleHijau