Bonda Bagaikan Pelita Hidup. Dunia Saya Kini Bagaikan Dalam Kegelapan, Tiada Sinar Cahaya Lagi – Najib

” Innalillahwainnailaihirojiun.. Bonda saya sudah tiada, kami sekeluarga di h0sp1tal. Kesed1han dan air mata mengalir. Tiada kata-kata untuk kehilangan ini..”

Itu kata-kata sayu bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di laman Facebook beliau yang berkongsi kesed1han atas kehilangan ibu tercinta.

Menerusi posting yang meraih 208k tanda ‘like’ itu, Najib berkongsi berita duk4 ibunya allahy4rh4m Tun Rahah Mohamed Noah, meninggI dnia pada Jumaat petang.

” Bismillahirrahmanirrahim..Innalillahwainnailaihirojiun. duk4cita dimaklumkan Bonda saya, Tun Hajjah Rahah Mohamed Noah yang juga balu kepada bekas Perdana Menteri ke-2 allahy4rh4m Tun Haji Abdul Razak Hussein, telah pulang ke rahmatullah di Prince Court Medical Centre petang ini.

” Jnzah dibawa pulang ke kediaman arw4h bonda hari ini dan akan dibawa ke Masjid Ar-Rahah pada hari esok untuk pengurusan jnzah sebelum dikebumikan di Masjid Negara. Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Hj Abdul Razak,” tulis Najib.

Dalam pada itu kerajaan memutuskan jnazah Tun Rahah Mohamed Noah diberi penghormatan Istiadat Pengebvmian Negara dan dikebumikan di Lingkaran Makam Pahlawan, Masjid Negara, esok.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berkata, mewakili kerajaan dan rakyat Malaysia, beliau menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Datuk Seri Najib Razak atas pemergian ibu tercinta hari ini.

” Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia mengucapkan takziah kepada Najib dan seluruh ahli keluarga atas kepulangan ke rahmatullah allahy4rh4mah Tun Rahah hari ini.

” Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas r0h allahy4rh4mah dan ditempatkan bersama-sama golongan yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.” ucap Muhyiddin.

Najib melalui posting terbaru turut berkongsi jnzah bondanya yang dibawa pulang ke rumah.

Puluhan ribu komen ditinggalkan warganet mengucapkan takziah kepada Najib dan keluarga.

Dunia saya kini bagaikan dalam kegelapan

Malah kata-kata Najib turut menyentuh perasaan ramai apabila bekas perdana menteri ke-6 itu bagaikan hilang kata-kata setelah kehilangan insan paling disayangi.

” Kami dalam perjalanan. Saya kehilangan kata-kata. Bonda bagaikan pelita hidup saya. Dunia saya kini bagaikan dalam kegelapan. Tiada sinar cahaya lagi.” luah Najib.

Semalam Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar menziarahi Tun Rahah.

Selain Seri Paduk4 Baginda, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah turut berkenan menziarahi balu bekas Perdana Menteri kedua itu.

Sementara Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat memberi penghormatan terakhir kepada allahy4rh4mah Tun Rahah Mohamed Noah di kediamannya sini, malam ini.

Baginda yang tiba di kediaman berkenaan bersama pegawai pengiring jam 8.40 malam, meluangkan sedikit masa bersama dengan keluarga allahy4rh4mah.

Turut kelihatan di kediaman itu ialah Datuk Seri Najib Razak Razak yang juga bekas Perdana Menteri keenam.

Tun Rahah, 87, sebelum ini dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court untuk rawatan sebelum disahkan meninggI dnia petang tadi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : asiakini via AppleHijau