Selepas mengikat tali pertunangan pada Mei lalu, pelakon Ikmal Amry kini telah sah bergelar suami kepada si cantik manis, Najla Samshul.
Pasangan ini memilih tarikh 19 Disember sebagai hari keramat buat mereka berdua.
Mereka telah dinikahkan dalam satu majlis yang penuh meriah di kampung halaman Najla sendiri iaitu di Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Majlis perniikahan itu telah dihadiri oleh saudara mara kedua-dua belah pihak dan sahabat rapat mereka.
Rata-rata peminat berasa terkejut dengan berita ini namun tetap mendoakan semoga perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Namun peminat nampaknya lebih tertarik dengan kecantikan yang dimiliki oleh Najla dan terp3gun dengan sifatnya yang merendah diri.
Mengikut perancangan, mereka sepatutnya diniikahkan pada September ini tetapi akibat bimbang sekiranya tidak dapat membuat persiapan dengan rapi, maka tarikh telah ditukar kepada bulan Disember.
Manakala majlis resepsi di sebelah pihak lelaki akan diadakan di Subang pada 27 Disember ini.
Kami mengucapkan tahniah kepada Ikmal dan Najla atas bahtera rumah tangga yang dibina ini, semoga berkekalan sehingga ke Jannah.
View this post on Instagram
Sumber foto: Instagram Ikmal Amry
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HotFm via TehTarikKaw