Seorang lelaki sanggup menggadai nyawa meredah lautan semata-mata mahu pulang ke kampung halaman dengan menggunakan pelampung kerana tidak memiliki wang.
Lelaki bernama Dedik, 27, ditemui terapung selama tiga jam dengan berpaut kepada dua tong air di perairan Teluk Balikpapan, Kalimantan Timur, pada Rabu lapor Kompas.
Dedik dikatakan mahu pulang ke kampung halamannya di Malang, Jawa Timur. Dia yang disangka sudah lemas ditemui oleh penduduk tempatan kira-kira 300 meter dari daratan.
“Kami mendapat maklumat daripada penduduk (pengusaha bot laju), menemui lelaki lemas. Kami terus bergegas ke lokasi.
“Dedik telah diselamatkan dan dibawa ke darat,” kata Ketua p0lis Pelabuhan Balikpapan Semayang, AKP Retno Ariani pada Khamis.
Sebelum ini, Dedik tinggal bersama abangnya di kampung Gunung Bahagia Balikpapan Selatan.
Berikutan tidak bekerja, Dedik keluar dari rumah itu dan mahu pulang ke kampung.
“Kerana tiada duit, dia terpaksa menggunakan pelampung untuk sampai ke kampung.
“Sudah tiga jam terapung, bersyukur dia selamat dan tidak terapung jauh,” kata Retno.
Ketika ditemui, Dedik tidak mengalami keced3raan.
Menurut Retno, lelaki berkenaan memiliki rekod kesihatan peny4kit kemurvngan.
“Semasa membawa pulang ke kampung, kakak m4ngs4 beritahu adiknya alami peny4kit kemurvngan dan pernah menjalani rawatan selama sembilan bulan di h0sp1tal,” jelasnya.
Kisah Dedik mendapat perhatian netizen setelah foto dia terapung di laut tular di laman sosial.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar Harian