SEJAK kebelakangan ini tular di media sosial yang mana warganet heboh memperkatakan sikap segelintir penunggang basikal yang dilihat mementingkan diri sendiri dan tidak hormat pada pengguna jalan raya yang lain.
Mana tidaknya, satu demi satu isu timbul yang menyebabkan nama cyclist lain turut terpalik menerima tempiasnya.
Selain menunggang basikal secara melulu dan merbah4ya, golongan mereka juga dilihat tidak peka dengan persekitaran yang mana mereka sanggup berg4dai nyawa dan menyusahkan pengguna jalan raya yang lain semata-mata untuk merakam sekeping gambar dengan memanjat bulatan Almina yang terletak di Shah Alam.
Perbuatan itu pastinya cukup mampu untuk mengg4nggu pengguna jalan raya yang lain dan lebih malang lagi ia mampu menjadi penyebab berlakunya kem4lang4n.
Malah kini setiap hujung minggu ada sahaja kem4lang4n dilaporkan melibatkan penunggang basikal menyebabkan cyclist yang lain diminta untuk lebih berhati-hati.
Ada juga yang ‘buat per4ngai’ apabila tular sekeping gambar seorang wanita menunggang bersama anak kecil yang digendong di belakang badan dengan keadaan yang sangat bah4ya. Macam-macam hal!
"terpaling basikal" – @InjangNation pic.twitter.com/p4NOSGgxbd
— Arwah Tony Stark (@TonyStarkmelayu) December 20, 2020
Kini, masyarakat juga dilihat makin jemu dengan golongan yang tidak ‘faham bahasa’ itu sehingga ada yang sudah hilang hormat.
Buktinya, sebuah lagi video tular yang mana seorang penunggang motosikal dilihat mengejek apabila bertembung dengan sekumpulan penunggang basikal yang sedang membuat kayuhan di atas jalan raya.
Video tular itu sempat dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang menaiki kereta sedang menyaksikan penunggang motosikal berkeaan menyindir cyclist tersebut dan membuat aksi mengayuh dengan motosikalnya.
Tindakan bersahaja penunggang motorsikal itu membuatkan individu yang merakam aksi tersebut pecah perut ketawa dan warganet turut terhibur.
Rakaman tersebut mulanya dimuat naik di TikTok kini tular pula di Twitter dan juga Facebook malahan di aplikasi Whatsapp kumpulan juga turut tersebar meluas dan menjadi perbincangan hangat pelbagai pihak.
Kejadian itu dipercayai berlaku dua minggu lalu yang mana setiap hujung minggu kawasan-kawasan tumpuan kini akan dibanjiri dengan penunggang-pengunggang basikal yang muncul seperti cendawan tumbuh selepas hujan sejak akhir-akhir ini.
Terdapat juga golongan yang tidak senang melihat rakaman video tular tersebut yang menyifatkan aksi penunggang motosikal itu sebagai perbuatan yang tidak patut dan bi4dap!
Namun, apa pun pandangan mereka, masing-masing ada hak untuk menilai dengan apa yang dilihat. Korang pula macam mana?
Jahat lah brader ni nganjing 😂 pic.twitter.com/fzTGHMzYvP
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) December 20, 2020
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Sinar