Bimbang Ibu Tak Sempat Makan, Anak Sempat Selit ‘Bekal’ Siap Tulis Nota!

Bimbang Ibu Tak Sempat Makan, Anak Sempat Selit ‘Bekal’ Siap Tulis Nota! Anak merupakan anugerah terindah yang dikurniakan Allah SWT buat hambanya. Sebagai seorang ibu bapa, adalah menjadi satu tanggungjawab untuk mendidik anak menjadi insan berguna. 

Seperti perkongsian Puan Arzuliana Arshad ini, anaknya sempat memberi bekal beserta nota buat ibunya yang keluar bekerja. Anak bimbang sekiranya ibu sibuk sehingga tidak sempat makan.

Untuk ibuarenagempak.com - Bimbang Ibu Tak Sempat Makan, Anak Sempat Selit ‘Bekal’ Siap Tulis Nota!

Ibu apa khabar? Ibu baliklah awal. Adik sayang ibu, harap-harap ibu balik pukul 6. Bye ibu. Ibu bawa kereta hati-hati. Daripada adik, sayang ibu.

arenagempak.com - Bimbang Ibu Tak Sempat Makan, Anak Sempat Selit ‘Bekal’ Siap Tulis Nota!

Menurut si ibu, nota yang ditulis anak diikat bersama sebungkus roti lalu diletakkan di dalam beg. Dia menyedari kewujudan ‘bekal’ tersebut sebaik tiba di tempat kerja.

arenagempak.com - Bimbang Ibu Tak Sempat Makan, Anak Sempat Selit ‘Bekal’ Siap Tulis Nota!

Tambahnya lagi, roti tersebut sepatutnya menjadi kudapan anak sebelum ke sekolah namun anaknya bimbang ibu terlalu sibuk sehingga tidak sempat makan.

Ibu makanlah roti

arenagempak.com - Bimbang Ibu Tak Sempat Makan, Anak Sempat Selit ‘Bekal’ Siap Tulis Nota!

Ni anak bongsu saya. Tak suka menyepah tapi suka bagi nota dan bekal pada ibunya. Abah dia beli untuk dia makan sebelum ke sekolah, tapi dia risau takut saya tak sempat makan dekat tempat kerja.

arenagempak.com - Bimbang Ibu Tak Sempat Makan, Anak Sempat Selit ‘Bekal’ Siap Tulis Nota!

Entah waktu bila dia letak dalam beg, sampai tempat kerja buka beg tengok dah ada bekal siap nota lagi. Allah terharunya ibu rasa, berair mata ni baca nota-nota dia bagi.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber: Ohbulan/Arzuliana Arshad via Anak Sepahkan Apa Hari Ini?