“Saya telah menitahkan agar semua usaha yang perlu” – Sultan Johor

BARU-BARU ini tular sebuah video yang memaparkan resepsi perkahwinan babitkan wanita negara ini dengan kapten hoki India, Manpreet Singh Pawar.

Media tempatan melaporkan wanita itu bernama Illi Najwa Anuar Hussin Saddique, berasal dari Johor.

Menerusi video tersebut, menunjukkan Manpreet dan Illi Najwa mengenakan sut perkahwinan Punjabi ketika mereka bertukar ikrar perkahwinan.

Dalam majlis itu, Illi Najwa dan suaminya kelihatan melakukan perbuatan yang mencetuskan pelbagai persoalan tentang status agamanya.

Oleh demikian, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini telah mengeluarkan satu kenyataan berasa duk4cita apabila terdapat berita yang bertebaran di media berkaitan seorang wanita bangsa Johor yang dikatakan telah melangsungkan pernikahan yang tidak berdasarkan hukvm Syara’ di India.

“Sebagai Ketua Agama Islam Negeri Johor, saya sentiasa memastikan kehidupan rakyat Bangsa Johor dan mereka yang berasal dari negeri ini akan dipayungi oleh peruntukan undang-undang yang mana Islam adalah paksi yang menjadi tiang seri kepada kehidupan kita bernegeri.

“Saya telah menitahkan agar semua usaha yang perlu, dibuat oleh Pihak Berkuasa Agama Islam Negeri Johor untuk memastikan keabsahan terkini status wanita tersebut sama ada melalui ahli keluarganya dan juga menerusi Kedutaan kita di India dan saya percaya kita semua akan dapat memastikan kesahihan berita tersebut dalam tempoh terdekat,” titah baginda dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, Sultan Ibrahim turut menasihatkan agar semua pihak untuk tidak membuat apa-apa kesimpulan dan tindakan pra matang dalam menangani berita ini.

“Wanita itu sedang melalui suatu proses penghakiman melalui platform media sedangkan beliau tidak pun setakat ini mengisytiharkan beliau ingin keluar dari agama Islam.

“Jika kita tergesa-gesa dalam tindakan kita menghukvm beliau, maka kita akan membina tembok yang tinggi untuk beliau kembali semula ke negara kita dan menjarakkan lagi jurang antara keluarganya di Malaysia dan beliau di India.

“Saya juga ingin menitipkan nasihat buat wanita yang berasal dari Negeri Johor tersebut bahawa dalam membuat sesuatu keputusan pastikan tindakan anda adalah suatu tindakan yang direstui oleh ibu bapa anda dan tidak mel4ngg4r norma-norma yang ditetapkan agama Islam kita.

“Saya berkeyakinan pihak Jabatan Agama Islam Negeri Johor dan Jabatan Mufti Negeri Johor akan memberikan semua bantuan yang perlu kepada wanita tersebut bagi mengekalkan akidah wanita ini dalam lingkungan syariat Islam.

“Apa jua berita yang kita terima yang berkaitan hubungan silaturahim sesama umat Islam hendaklah diteliti tanpa berprasangka burvk. Kita perlu berlapang dada dan bersangka baik, kita juga perlu dan mengambil tindakan meneliti akan berita tersebut dari sumber yang pasti dan

tepat,” titah baginda.

Sementara itu, media tempatan turut melaporkan Illi Najwa tampil memohon maaf susulan majlis perkahwinannya mencetuskan pelbagai persoalan sehingga ada yang mendakwa dirinya murtad.

Menurutnya, wanita berkenaan mengaku apa yang berlaku adalah salah dan atas kejahilan dia dan suaminya malah, dia turut menzahirkan permohonan maaf kepada keluarganya yang diheret sama dalam isu itu.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Sinar