Terkenal sebagai ‘syurga sate’, kami pernah mengulas bagaimana sate mula bertapak dan terkenal di Kajang sebelum ini. Bukan mahu bercakap akan sejarah atau keenakan sate, tetapi satu isu telah mendapat perhatian netizen.
Terbaharu, Sate Rono Kajang telah memuat naik perkongsian di Facebook miliknya perihal pelanggan makan ‘lari’ tanpa membuat pembayaran pada Ahad yang lalu dan menuntut pelanggan tersebut melunaskan segala bil-bil mereka.
Menerusi perkongsian tersebut, ini bukan kali pertama pelanggan tersebut makan tanpa bayar tetapi sudah 3 kali melakukan perkara tersebut. Jika pelanggan tersebut tidak menghubungi pihak Sate Rono Kajang, pihaknya akan ‘publish’ video CCTV yang menunjukkan pelanggan tersebut keluar tanpa membuat pembayaran.
Tambahnya, tujuan utama perkongsian tersebut adalah sebagai peringatan dan kesedaran kepada si pelaku dan orang ramai agar kejadian seperti ini tidak berulang kembali.
Mengulas lanjut kenapa pihak Sate Rono Kajang tidak mengecam si pelaku walaupun kesalahan berulang, pihaknya mengatakan modus operansi si pelaku datang ketika ramai orang dan juga tidak dapat mengecam semua pelanggan yang keluar masuk kedai.
Menerima mesej daripada netizen yang baik hati untuk membayarkan bagi pihak si pelaku, Sate Rono Kajang mengatakan pihaknya hanya sudi menerima wang daripada si pelaku. Apakah pendapat anda mengenai kes ini?
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : https://www.thevocket.com/