Cara Periksa Baki ASB Guna Maybank2U. Lagi Mudah, Tak Payah Install Banyak Apps! Senang Sangat, Begini Caranya…

Pengguna Maybank tahu tak yang anda boleh buat semakan baki ASB di Maybank2u?

Lagi cepat dan mudah sebab kita tak perlu nak login di laman web MyASNB dan tak payah nak install apps ASNB dah di handphone.

Bagi yang belum tahu, di sini kami kongsikan cara-caranya.

CARA CHECK BAKI ASB ONLINE DI MAYBANK2U

LANGKAH 1: Login MAYBANK2U

Mula-mula, login dulu ke Apps Maybank2U.

Bila dah login, nanti akan keluar skrin macam ni kan.

Klik dekat bahagian ‘Account’ macam dalam anak pan4h di atas tu.

LANGKAH 2: Pilih WEALTH

Nanti akan keluar paparan skrin seperti di bawah.

Sila teruskan klik WEALTH.

LANGKAH 3: Tekan VIEW

Kemudian boleh tekan VIEW untuk lihat akaun ASNB kita.

LANGKAH 4: SELESAI

Nanti bila dah klik VIEW tadi, akan terpampanglah 5 transaksi terkini ASNB kita macam di bawah ni.

Selesailah cara check baki ASB melalui Maybank2u tadi.

Kalau anda nak Top-up pelaburan atau masukkan duit dalam ASB, bolehlah follow next step ni.

Cara Tambah Simpanan di ASB Melalui Maybank2u

Caranya, klik butang kuning dekat bawah tu (rujuk gambar di atas).

Lepas tu akan keluar macam ni.

Pilih dan tekan butang TOP UP untuk membuat penambahan simpanan / pelaburan ASNB.

Akhi sekali, masukkan nilai yang kita nak tambah dalam ASB.

Siap!

LEBIH CEPAT DAN MUDAH

Lepas ni bolehlah kita check baki ASB melalui Maybank2u saja.

Dah tak perlu ke kaunter, tak perlu beratur atau bersesak-sesak di luar.

Memang lebih praktikal terutamanya dalam musim PKP ini.

Selamat mencuba dan jom share dengan rakan-rakan yang lain!

*Kredit: Jesselton Sabah

Sila rujuk FAQ ASNB Maybank untuk maklumat lanjut. via siraplimau

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : www.ohmypress.com