“Delete Atau Saya Buat Laporan Polis”- Fauzi Nawawi

Pelakon Fauzi Nawawi memberikan am4ran keras kepada sebuah akaun Facebook yang menyiarkan gambar keluarganya tanpa kebenaran.

Kata Fauzi, dia memberikan tempoh 12 jam kepada pengendali akaun Facebook berkenaan untuk memadamkan gambar keluarganya.

“Saya tak suka nak marah-marah pepagi ni tapi tolonglah jangan buat hal yang boleh menaikkan n4fsu am4rah orang lain dengan buat kerja tak betul ni.

“Pada akaun Facebook dan Instagram yang saya post ni tolong delete gambar saya dan family yang tak ada kena mengena dengan pelaburan anda kami tak tahu menahu pun tentang pelaburan tu dan gambar kami sekeluarga dijadikan alat untuk menarik minat pelabur.

” Kalau minta izin at least kami tahu. Kalau pelaburan tu sejenis scamm3r!!?? Apa jadi pada pelabur dan keluarga saya?

“Saya minta sangat account ni didelete dalam masa 12 jam dari sekarang atau saya akan buat laporan p0lis,” tulisnya

Jelas Fauzi, dia tidak kisah seandainya foto dia dan keluarga digunakan untuk tujuan bermanfaat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by FauziNawawi (@fauzinawawi2020)

“Saya tak kisah kalau gambar kami digunakan untuk tujuan promosi produk atau program yang manfaat! Tapi jangan salah gunakan

“Saya berterima kasih pada yang tolong beritahu saya tentang akaun-akaun palsu yang menguna pakai gambar artis dan selebriti.

“Saya harap sangat anda semua beri kerjasama pada kami sebelum lebih ramai lagi yang teraniaya,” tambahnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber: Gempak