Kalau Keluarga Cakap Tak Boleh, Saya Tetap Akan Kahwin, kata Sharifah Sakinah

Menerusi Melodi sebentar tadi, Sakinah mengesahkan perkhabaran gembira itu namun buat masa ini tidak dapat dipastikan lagi sama ada majlis perkahwinan mereka akan di adakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.

Are Sharifah Sakinah And Swedish Beau Michael Hansen Already Married?

“Seperti dijanjikan kalau ada benda yang baik kita akan umumkan. Itu yang saya umumkan dekat Melodi Extra kemudian barulah saya ded4hkan.

“Sekarang ni kami rancang akan berkahwin dalam beberapa bulan lagi tahun depan, tapi tak tahu lagi dimana sama ada di Kuala Lumpur atau di Sweden kerana C0VID-19,” katanya.

Mengulas mengenai penerimaan keluarga kedua-dua belah pihak, Sakinah berkata keluarga melarang pun mereka tetap akan berkahwin. Namun, Sakinah meluahkan rasa syukur kedua keluarga merestui perhubungan mereka.

“Sekarang ni kita bukan kahwin dengan keluarga dia, dia pun tak kahwin dengan keluarga saya, kalau keluarga saya cakap tidak pun tak boleh, kita tetap akan kahwin.

“Sebab kita orang dah besar, masing-masing dah 31 dan 41 tahun. Alhamdulillah, keluarga saya okay, keluarga dia pun okay. Tapi berbeza adat dan budaya.

“Kalau buat di KL keluarga dia akan datang sini, kalau buat di Sweden, keluarga saya kena datang sana. Tapi dengan C0VID-19 ni, masih dalam perbincangan.”

Dalam pada itu, Sakinah berkata untuk perkahwinan keduanya itu dia mahu mengadakan majlis secara bersederhana. Ujarnya, apa yang paling penting utamakan perkara yang penting dahulu seperti akad nikah.

Sharifah Sakinah Kahwin Dengan Mat Saleh Mei Depan

Spekulasi dah kahwin dengan mat salih, Shiera anggap Sharifah Sakinah hanya bergurau – “Saya tak diberitahu apa-apa pun!” – Sensasi | mStar

Terdahulu, desas desus hubungannya dengan seorang jejaka Mat Saleh hangat diperkatakan, pelakon Sharifah Sakinah mended4hkan akan menamatkan zaman jandanya dengan jejaka dari Sweden, Michael Hansen pada 25 Mei tahun hadapan.

Memilih tarikh berkenaan kerana memiliki keistimewaan tersendiri, Sakinah bagaimanapun berkata tidak dapat mengesahkan sama ada majlis perkahwinan mereka akan di adakan di Kuala Lumpur atau di Sweden.

“Tarikh itu dipilih kerana merupakan tarikh lahir saya dan Michael. Kami berkongsi tarikh lahir yang sama.”

Menerusi satu temu bual program televisyen, Sakinah berkata meskipun sudah berumah tangga dia akan tetap meneruskan kerjaya seninya dan tidak berhasrat untuk berpindah ke Sweden.

“Apa pun, saya takkan berpindah ke sana sebab minat saya ialah berlakon dan saya ingin bekerja di sini. Ia (hubungan) akan jadi macam hubungan jarak jauh. Saya akan pergi sana untuk bercuti dan begitu juga dia (Michael),” ujarnya.

Dalam pada itu, Sakinah yang dihubungi Kosmo! Online tidak menafikan apa yang dikongsikan menerusi temu bual itu dan hanya mengharapkan d0a yang baik-baik daripada peminat.

“Maaf, saya sedang sibuk sedikit buat masa sekarang. Saya cuma harapkan d0a yang baik-baik daripada orang ramai,” ujarnya.

Kredit: Youtube, Rotikaya, Kosmo

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  seleksinetwork.pw