SELEPAS lebih tiga bulan pemergiannya, lagu terakhir nyanyian allahy4rh4m Sandra Dianne yang berjudul Sandra dilancarkan baru-baru ini.
Walaupun Sandra atau nama sebenarnya, Alessandra Dianne Ampuria tidak sempat mendengar hasil kerja terakhirnya itu namun komposer lagu tersebut, Jonathan Tse dan Mohariz Yaakub tetap ingin berkongsi bingkisan lagu itu kepada peminat setia allahy4rh4m.
“Lagu ini saya cipta bersama Mohariz tanpa menetapkan siapa penyanyi tepat pada asalnya. Sebaik Sandra mendengarnya, dia terus jatuh cinta dan mahukan lagu ini.
“Kami pun memang tahu kualiti nyanyiannya dan bersetuju memberinya kepada Sandra. Tidak sangka, Sandra berjaya menyuntik magis sendiri dalam nyanyian, bahkan dia menambah elemen uniknya sendiri,” katanya.
Komposer lagu Sandra, Jonathan Tse.
Menurut Jonathan, inspirasi lagu ini sebenarnya diambil daripada kisah pemergian allahy4rh4m pelakon Ashraf Sinclair yang men1ngg4l dunia awal tahun ini.
Kami pun memang tahu kualiti nyanyiannya dan bersetuju memberinya kepada Sandra.
JONATHAN TSE
KOMPOSER
“Kisah yang menimpa Bunga Citra Lestari selepas kehilangan suaminya itu memang sangat meruntun hati. Daripada situlah idea untuk menulis lagu ini tercetus.
“Idea itu sendiri saja pun sudah cukup menggambarkan bagaimana emosi yang disalurkan dalam lagu ini.
Sandra Dianne men1ngg4l dunia pada 11 September lalu akibat n4h4s jalan raya.
“Namun, saya puji Sandra apabila berjaya menyalurkannya dengan baik. Selepas mendengarnya, Sandra pantas menguasai dan tahu bagaimana untuk menghidupkan lagu ini,” katanya.
Proses rakaman lagu Sandra yang hanya mengambil masa selama sebulan itu telah dilakukan pada pertengahan tahun ini.
Sandra meningg4l dunia pada 11 September lalu selepas terbabit dalam n4has jalan raya ketika dalam perjalanan untuk sesi latihan konsert Big Stage 2020 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via AppleHijau