SELEPAS 10 bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Tasha Shilla akhirnya berkongsi khabar gembira yang dia bakal bergelar ibu tidak lama lagi.
Menerusi Instagram, Tasha atau nama sebenar Natasha Sheila Abdul Razak, 33, memaklumkan k4ndungannya kini sudah berusia lima bulan.
“Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan, sahabat dan keluarga tercinta. Syukur Alhamdulillah, Tasha dan Atiq ingin membuat pengvmuman rasmi mengenai keh4milan saya kini berusia lima bulan.
“Sejujurnya saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mend0akan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga,” katanya pada Jumaat.
View this post on Instagram
Perkongsian Tasha di itu tentunya menerima pelbagai re4ksi pengikut dan peminat yang mendoakan supaya kandungannya itu membesar dengan sihat.
Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan!
TASHA SHILLA
PELAKON
Malah rakan artis turut tidak ketiinggalan menulis ucapan tahniah antaranya Nad Zainal, Ramona Zam Zam, Ika Nabella dan Nabila Huda.
Dalam pada itu, pelakon drama Kau Yang Pertama ini memohon orang ramai mendoakan agar perjalanan tempoh keh4milannya itu dipermudahkan sehingga hari kelahiran kelak.
View this post on Instagram
Tasha mendirikan rumah tangga pada Februari lalu.
“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi dalam k4ndungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya InsyaAllah.
“Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan,” ujarnya.
Tasha dan Muhammad Atiq Idris selamat diijabkabul pada 28 Februari lalu dalam satu majlis sederhana yang diadakan di Majlis Wilayah Kuala Lumpur.
View this post on Instagram
TONTON VIDEO PILIHAN!
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar via TehTarikKaw