“Kami hanya mahukan sebuah rumah. Boleh ke sesiapa tolong kami?,” rayu Ganesh yang tinggal dalam kereta selama 8 bulan

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang mem1kul.

Itu ungkapan sesuai buat kehidupan seorang pengawal keselamatan, isteri dan tiga anak kecil mereka di Pulau Pinang.

Ini apabila terpaksa menjalani kehidupan seharian hanya di dalam kereta.

Bagi insan bernama Ganesh Soundarajah, jika ditanya tentang di manakah tempat tinggalnya.

Tempat kediamannya hanyalah dalam sebuah kereta Proton Saga Aeroback yang sudah mencecah usia 20 tahun.

Kereta itu telah menjadi rumah buat dia, isteri dan tiga orang anaknya sejak lapan bulan lepas.

Malah, itulah satu-satunya rumah yang dikenali oleh bayinya yang baru berusia lapan bulan.

Lelaki berusia 33 tahun itu telah menetap dalam kereta bersama isterinya, Parameswari, 32 dan anak-anaknya.

Ini sejak rumah mereka di Carnavon Street terbak4r pada April lalu.

Ganesh berkata setiap hari dia akan membawa kereta Proton terpakai tersebut dengan anak dan isteri mencari tempat redvp.

Ini untuk berhenti dan berteduh sementara di sesuatu lokasi di sekitar George Town.

Dan mereka terpaksa menggunakan tandas-tandas awam untuk mandi dan sebagainya.

“Kami bergerak merata dan ke mana sahaja tempat yang mempunyai tandas awam.

Ini supaya kami boleh mandi, basuh baju dan mendapatkan bekalan air bersih,

“Kadangkala, kami berhenti di sepanjang Sepoy Line, Gurney Drive, Esplanade atau di sekolah tempat saya bekerja,”

Katanya saat ditemubual oleh pihak The Star.

Ganesh turut menyatakan bahawa mereka telah hilang segala harta benda sewaktu kebak4ran tersebut.

Dan hanya memiliki pakaian yang dipakai ketika kejadian serta kereta Proton Saga yang diberi oleh ibunya.

“Saya tiada pilihan lain melainkan tinggal dalam kereta ini kerana saya tidak mampu membayar deposit untuk bilik atau rumah.

Lebih-lebih lagi kebanyakannya meminta RM 800 hingga RM 900 sebagai wang pendahuluan.

“Saya hanya memperoleh RM1,200 sebulan dan kesemuanya dibelanjakan untuk makanan dan keperluan anak-anak saya.

“Pada waktu malam, saya parking kereta berdekatan sekolah tempat kerja saya.

Ini untuk menjaga keselamatan keluarga saya,” ujarnya lagi.

Memetik laporan Free Malaysia Today, walau bagaimanapun Ganesh tidak menunjukkan sebarang harapan atas sebarang bantuan.

“Dulu, waktu rumah kami terbak4r ramai yang datang untuk memberi barang makanan dan menangk4p gambar seperti kamu semua.

Lepas itu, semua orang menghilangkan diri. 

“Kami hanya mahukan sebuah rumah. Boleh ke sesiapa tolong kami?,” rayu Ganesh.

Anak-anak Ganesh, Girthikanesh, 6, dan Devi Shri, 3, dilihat sentiasa gembira.

Seakan-akan tidak mengetahui tentang masalah yang dihadapi keluarga mereka.

“Saya sangat gembira bila melihat anak saya makan.

Saya hanya boleh menangis bila anak saya beritahu mereka sedang lapar.

Tetapi tiada makanan yang boleh saya berikan kepada mereka,” akhiri Ganesh.

Di mana Wakil Rakyat

Sumber: The Star (N. Trisha) , Free Malaysia Today (Predeep Nambiar)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : budaksitu.pw