Sah bergelar isteri kepada usahawan, Dayana Roza dedahh hasrat 4 tahun lalu

KUALA LUMPUR: Dengan sekali lafaz, pelakon Dayana Roza, 29, sah bergelar isteri kepada usahawan, A’dale Adham Ayahudin, 33, pada jam 8.57 pagi tadi.

Majlis yang berlangsung mengikut prosedur operasi standard (SOP) di Masjid Negara di sini, dihadiri kira-kira 30 jemputan merangkumi ahli keluarga terdekat dan teman rapat.

Pasangan ini diniikahkan bapa Dayana, Kamsum Baharin Kassim dengan disaksikan Imam Masjid Negara, Ustaz Muhammad Afif Jamal.

Pengantin lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan dulang, pada majlis itu.

Bermula sebagai kawan, Dayana dan A’dale akhirnya disatukan sebagai suami isteri, pagi tadi. Foto Ihsan Dayana Roza

Mas kahwin pula dalam bentuk gelang tangan bernilai RM2,000. Wang hantaran dirahsiakan atas permintaan keluarga.

Dayana bersyukur majlis perniikahan selesai dan ikatan antara mereka sudah terpateri.

“Alhamdulillah, terpateri sudah ikatan sah antara kami. Sepatutnya, saya dan suami berniikah pada 12 Disember lalu.

“Namun, kita hanya merancang. Di sebalik ujian pandemik c0v1d-19 yang membataskan banyak perkara, kami hanya dapat melangsungkan acara wajib dahulu.

“Cuma datuk A’dale kurang sihat dan tidak dapat hadir pada majlis nikah,” katanya kepada BH Online.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by InTrend Malaysia (@intrendmalaysia)

Dayana berkata, mereka merancang menganjurkan majlis resepsi pada 10 Januari ini.

Hasrat empat tahun lalu

Mengenai kisah cinta mereka, Dayana atau nama sebenar, Nur Dayana Kamsun Baharin berkata, A’dale beriya-iya mahu memperiisterikannya.

“A’dale pernah menyuarakan hasrat mel4mar saya, kira-kira empat tahun lalu. Tetapi, saya menolak lamaran itu.

“Tidak sangka, hasratnya jadi nyata. A’dale sanggup menunggu lama… Jodoh kami kuat,” katanya.

Dayana berkata, mereka berkawan rapat dan selalu menghabiskan masa bersama.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Tiar Zainal™️ (@tiarzainal)

“A’dale ini kawan g4duh dan suka meny4kat saya. Tidak sangka jodoh di depan mata dan saya tidak pernah sedar selama ini.

Pandai ambil hati ibu

“Saya sukakan A’dale kerana dia pandai mengambil hati ibu sepanjang kami berkawan,” katanya yang mengikat pertunangan pada 5 Ogos lalu.

Sementara itu, A’dale tertarik dengan Dayana yang suka aktiviti l4sak seperti belayar dan memancing.

“Arw4h nenek pernah beritahu, kalau cari calon isteri, pilih gadis berkulit putih. Jadi, Dayana memang dalam kategori putih, cuma sekarang gel4p sedikit.

“Paling penting, kami meminati hobi l4sak,” katanya.

Pasangan ini tidak menolak rezeki dikurniakan zuriat dalam masa terdekat selain merancang berbulan m4du di Langkawi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dayana Roza (@dayanaroza)

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : BeritaHarian via TehTarikKaw