Semalam Murai.my melaporkan terdapat dakwaan daripada netizen kononnya selebriti terkenal Noor Neelofa Mohd Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa telah putvs tunang dengan pendakwah, PU Rizz.
Neelofa Buka Mulut
Lebih mengejutkan terdapat dakwaan punca ikatan pertunangan mereka terlerai adalah kerana berpunca daripada perbuatan khurafat minyak pengasih. Malah Neelofa juga dikatakan telah memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada PU Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail.
Nafi Tuduhan Tidak Berasas
Setelah tular di media sosial mengenai isu tersebut, Neelofa akhirnya tampil menjawab segala andaian tersebut. Menerusi sebuah kenyataan yang dikirimkan kepada pihak Murai.my sebentar tadi oleh pengurusan Neelofa. Menurut Neelofa dia meyangkal sekeras-kerasnya dakwaan tersebut yang sama sekali tidak benar.
“Saya berharap, semua pihak dapat memahami apa yang saya ingin sampaikan dan seterusnya tidak terus membuat andaian mengenai perkara yang tidak betul tentang diri saya, Haris serta keluarga kami”
“Antara andaian dan tudvhan yang muncul di media sosial semenjak semalam adalah seperti berikut :
• Kononnya terkena buatan minyak pengasih.
Cerita itu adalah tidak benar sama sekali dan sejujurnya, ia merupakan satu tudvhan yang amat berat. Alhamdulillah, seperti yang anda lihat sekarang saya berada dalam keadaan baik, dan kesihatan yang terbaik. Saya berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesihatan saya.
• Kononnya saya memindahkan sejumlah wang yang agak banyak kepada Haris, Saya menyangkal tudvhan tersebut dan perkara itu adalah tidak benar sama sekali.
• Kononnya saya telah pun melangsungkan perkahwinan dan telah dinikahkan oleh bapa saya sendiri di Kelantan.
Andaian ini juga adalah satu tudvhan yang sangat tidak benar dan tidak berasas” kata Neelofa dalam kenyataan tersebut
Tegasnya lagi, dia berharap agar semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan sewenang-wenangnya dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tudvhan ini.
Akui Cari Jalan Penyelesaian
View this post on Instagram
Menjawab mengenai status hubungannya dengan PU Rizz, Neelofa akui kedua-dua belah pihak (keluarga Neelofa dan PU Rizz) kini sedang berbincang mencari penyelesaianya. Malah Neelofa turut memohon kepada semua pihak terutamanya pihak keluarga atas apa yang terjadi.
“Apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya”
“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak”
“Saya juga ingin mengambil kesempatan yang ada, ingin memohon maaf kepada pihak keluarga saya, keluarga Haris untuk segala perkara yang berlaku. Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan. Kepada keluarga saya, terima kasih yang tidak terhingga ingin saya ucapkan. Sokongan, kasih sayang yang ditunjukkan, teguran yang diberikan, saya hargai dengan setulus hati” katanya lagi
Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail telah mengikat tali pertunangan pada 1 November 2020 tidak lama selepas pemilik jenama Naelofar itu mengumumkan dirinya sudah berpurdah sepenuhnya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Murai.my