Kecoh Di Media Sosial, Netizen Dakwa Keluarga Neelofa ‘UNFOLLOW’ PU Riz?
Sudah menjadi adat pertunangan, pasti ada bermacam-macam ujian dan halangan melanda sebelum pasangan sehati sejiwa disatukan dalam satu ikatan perkahwinan yang sah.
Begitulah juga seperti warganet yang kecoh di media sosial berkenaan hubungan antara pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau dikenali sebagai PU Riz.
Namun dalam perkembangan terkini, berlegar di sosial media dakwaan Neelofa sudah berkahwin di Kelantan
Menurut netizan, PA kepada Neelofa mendakwa, banyak wang telah di habiskan oleh Neelofa
Lagi pendedahan yang menge-jutkan ramai peminat dimana dakwaan Neelofa sedang berubat
Lebih p4nas lagi paparan skrin yang mendakwa kononnya Neelofa dan PU Riz sudah berkahwin turut tular di laman sosial.
Menerusi paparan skrin terbabit, ada dinyatakan Neelofa dan PU Riz telah dinikahkan bapa kandung pemilik jenama Naelofar itu di Kelantan.
Individu di dalam Whatsapp itu juga mendakwa Neelofa kini sedang menjalani rawatan alternatif kerana terkena ilmu pengasih.
“Scaarynya Family ni” – Eisya Toh
Dalam pada itu, wartawan Eisya Toh juga ada memuat naik di ig beliau perihal yang berlaku dalam keluarga Neelofa sekarang ini
Dalam pada itu, netizan juga mula memperkatakan hal yang sama mendakwa Neelofa kini dikvrung untuk berubat
Apa pun yang berlaku, diharap kemelut yang berlaku dapat diselesaikan dengan cara baik oleh kedua-dua belah pihak, biarpun spekulasi demi spe-kulasi mula bertebaran.
Biar betul PU RIZ dengan Neelofa dah NIKAH ?? Apa-apa pun kita tunggu kebenaran dakwaan ini dari tuan punya badan sendiri
Baru-baru ini, akaun Instagram peminat pasangan tersebut @neelofaharrisofficial ada memuat naik satu posting dan menerima komen daripada seorang pengguna bernama @pidzyy.
Individu tersebut seakan-akan memberi ‘bayangan’ dan mendakwa bahawa hubungan pasangan berkenaan sedang ‘bergelora’ akibat campur tangan ahli keluarga serta sahabat.
Beri masa untuk mereka selesaikan
Diboikot dan saling ‘unfollow’ satu keluarga?
Haris tak sesuai buat keluarga Neelofa?
Menurut individu itu, ahli keluarga dan sahabat handai tidak perlu sibuk dalam urusan hubungan seseorang tetapi berikan masa untuk mereka menyelesaikan masalah sendiri.
“Tolonglah jangan main unfollow2,” tulis individu terbabit.
Adakah komen tersebut merujuk kepada ahli keluarga Neelofa dan PU Riz? Mari kita periksa!
Setelah memeriksa akaun Instagram keluarga Neelofa seperti ibu, kakak serta adik-adiknya, ternyata mereka tiada mengikuti Instagram PU Riz.
Bukan itu sahaja, IG Story mereka juga kesemuanya memuat naik ‘quote’ atau kata-kata hikmah yang hampir sama bertemakan perhubungan.
Adakah ini satu kebetulan, atau…?
Meninjau ke laman sosial Twitter, warganet yang terkenal dengan kebolehan menyiasat mula ‘menghidu’ sesuatu yang tidak kena antara Neelofa dan PU Riz.
Masing-masing mula membuat spekulasi bagi mencari jawapan sebenar terhadap persoalan yang kini sedang membelenggu pasangan terkenal itu.
Apa yang sebenarnya terjadi? Adakah semua spekulasi itu benar-benar berlaku atau sebaliknya? Semoga hubungan mereka baik-baik sahaja
PU Riz ‘trending’ di Twitter, hubungan dengan Neelofa berm4salah?
Kuala Lumpur: Nama PU Riz kini ‘trending’ nombor satu di Twitter berikutan hubungan bersama ‘calon isteri’, pengacara popular, Noor Neelofa kini berantakan.
Malah, spekulasi itu lebih hangat dibincangkan oleh warganet apabila mula memuat naik beberapa foto tangkap layar InstaStory adik-beradik Neelofa dalam ciapan mereka.
Antaranya, kakak Neelofa iaitu Noor Nabila didakwa memuat naik beberapa kapsyen foto di Instagram Story dengan kata-kata seperti menyindir seseorang.
“Warna sebenar seseorang akan terbongkar secara perlahan-lahan. Anda mungkin akan diperbodohkan buat sementara tetapi perlu bersabar untuk melihat apa yang akan terjadi nanti,” tulisnya.
Bukan hanya Noor Nabila, tetapi dua lagi adik Neelofa iaitu Atisha Khan dan Ameera Khan turut memuat naik kata-kata sinis yang hampir sama di Instagram mereka seperti ditujukan buat seseorang.
Tindakan sama juga dilakukan ibu Neelofa, Noor Kartini yang membuat perkongsian di Instagram story berkaitan kata-kata memohon perlindungan Allah SWT daripada perkara b-uruk.
Mengikut perkongsian warganet di Twitter dengan akaun @zighduhhh memaklumkan foto risik PU Riz dan Neelofa juga khabarnya sudah dipadamkan daripada Instagram. Begitu juga, semua adik-beradik Neelofa dikata sudah tidak mengikuti PU Riz di media sosial.
Terdahulu, Neelofa dilaporkan sudah dirisik oleh PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail pada 1 November lalu di kediaman keluarga bekas pengacara MeleTOP itu.
Lofa Panggil PU Riz Sayang
Malah, dilaporkan juga pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada Mac tahun depan. Bahkan, baru-baru ini hangat di media sosial apabila Neelofa dikata terlepas memanggil PU Riz ‘sayang’ dalam satu video mereka di YouTube.
Sepatutnya Nikah Mac Tahun Depan?
Sebelum ini Hubungan istimewa selebriti popular, Neelofa, 31, dengan pendakwah bebas, Haris Ismail atau Riz, 25, mula menjadi tumpuan apabila mereka bekerjasama menerusi program anjuran Pertubuhan Kasih Neelofa.
Menguatkan desas-desus perhubungan cinta yang terjalin apabila kakak Neelofa, Noor Nabila Mohd Noor memuat naik video pendek menerusi Instagram (IG) Story memaparkan Neelofa dan Riz berbual dan berpakaian sedondon pada majlis perkahwinan adik mereka.
Awalnya, pemilik nama penuhnya, Noor Neelofa Mohd Noor menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pendakwah yang dikenali menerusi program Pencetus Ummah itu, selepas video mereka tular.
Namun, kini, sudah terang lagi bersuluh apabila Ahad lalu berlangsungnya majlis merisik di kediaman ibu bapa Neelofa di Taman Tun Dr Ismail. Malah, laman sosial dibanjiri dengan beberapa foto Neelofa dan Riz bersama anggota keluarga yang hadir.
Seluruh anggota keluarga pasangan berkenaan dilihat terlebih dahulu menunaikan solat Asar yang diimamkan oleh Riz.
Cubaan BH Online mendapatkan kepastian Neelofa gagal apabila pengacara Next To Neelofa itu terus mengunci mulutnya. Mengikut sumber keluarga yang turut hadir pada majlis berkenaan, Neelofa dan Riz bakal disatukan sebagai pasangan suami isteri pada Mac 2021.
Neelofa turut memuat naik gambar sekitar majlis berkenaan dalam laman sosial, tetapi tidak memberitahu secara jelas.
Terbaharu, Neelofa memuat naik foto bersama ibu serta doa Nabi Ibrahim untuk orang tuanya sebagai kapsyen.
“Ya Tuhan kami, ampunilah aku dan kedua ibu bapaku dan orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari ki4mat),” tulisnya.
Menerusi entri dalam IG ibunya, Noorkartini Noor Mohamed seakan mengesahkan spekulasi anak perempuan kesayangannya sudah dipinang orang.
“Syukur padamu Ya Rabbi… Saat yang kutunggu sudah pun tiba. Kau hadirkan insan istimewa yang bakal membimbing bidadari kesayanganku.
“Saya yakin dengan ketentuanMu, yang mana insan ini dapat membahagiakannya, dapat menyerikan dan melengkapi hidupnya.
“Yang akan menyokong setiap apa saja urusannya. Ya Allah jadilah mereka penyebab kami menjadi tetamu istimewaMu di syurga,” tulisnya dalam IG.
Tidak hanya itu, entri IG disusuli dengan luahan ibunya mengenai puteri kesayangannya itu.
“Wahai anakku, ketika aku mengandungkanmu, aku dapat rasakan yang sesuatu luar biasa, perjalanan sembilan bulan itu amat indah untukku, lahirmu membahagiakanku, memelukmu memberi kepuasan kepadaku, melihat keletahmu membuatku sentiasa rindu padamu.
“Wahai anakku, kau tetap anak kecil di mataku yang tak jemu aku membelau dan mencivmmu. Kaulah cinta hatiku,” tulisnya.
Sumber: Instagram @neelofaharrisofficial , @thekaripop , Twitter
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber :