TAHUN 2020 menyaksikan detik sukar, bukan sahaja buat Malaysia bahkan seluruh dunia.
Daripada sektor ekonomi, kesihatan, pendidikan sehinggalah sukan, semuanya terkesan akibat pandemik COVID-19.
Namun, penularan ‘musuh tidak nampak’ itu bukan penghalang buat rakyat di negara ini khususnya untuk bersatu hati dan melakar sejarah tersendiri.
Menjelang beberapa hari lagi sebelum 2020 melabuhkan tirai, berikut Astro AWANI senaraikan 10 individu yang boleh dijadikan inspirasi kepada semua untuk kita melangkah ke tahun 2021!
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah
Mungkin sebelum COVID-19 melanda dunia sosok ini tidak dikenali ramai.
Namun peranan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah sebagai ‘panglima perang’ dalam memerangi wabak yang meragut jutaan nyawa itu, tidak boleh dinafikan.
Peranan Dr Noor Hisham dalam menangani krisis COVID-19 tidak hanya menjadi buah mulut di Malaysia, bahkan beliau turut diiktiraf antara doktor terbaik dunia oleh China Global TV Network (CGTN).
Selain itu, Dr Noor Hisham, 57, yang memegang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 juga antara individu yang menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) – membawa gelaran “Tan Sri” sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, tahun ini.
Terbaru, Dr Noor Hisham dinobatkan sebagai penerima Anugerah Khas MeleTOP ERA 2020 (AME 2020) sebagai menghargai jasa dan pengorbanan petugas barisan hadapan.
Ebit Lew
Siapa tidak kenal dengan individu bernama Ebit Lew? Tidak keterlaluan untuk katakan bahawa pendakwah bebas ini menjadi sebutan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum.
Kemunculan beliau ketika mana ramai yang terkesan akibat pandemik COVID-19, dengan menyalurkan bantuan disifatkan sebagai ‘wira’ oleh warganet.
View this post on Instagram
Daripada bantuan kepada masyarakat pelbagai kaum sehinggalah kepada haiwan di Zoo Negara, Ebit atau nama penuhnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, 36, terkenal dengan sifat derwaman dan seorang yang tidak lokek.
Justeru, tidak hairan beliau dipilih sebagai penerima Anugerah Khas sempena Hari Belia Negara dan Anugerah Wira AME2020, baru-baru ini.
Datuk Seri Siti Nurhaliza
Sebut sahaja Datuk Seri Siti Nurhaliza, lagu apa yang bermain di fikiran anda?
Penyanyi nombor satu negara ini bukan sahaja memiliki suara yang lunak, malah sifat rendah diri yang dimiliki beliau membuatkan figura ini begitu disegani ramai.
Tahun ini, penyanyi tersohor berusia 41 tahun ini tampil dengan pelbagai ‘buah tangan’ termasuk nashkah terbaru bertajuk ‘Kuasa Cintamu’.
View this post on Instagram
Paling membanggakan, Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tok Ti turut disenaraikan oleh Forbes.com sebagai antara 100 selebriti paling berpengaruh dalam media sosial peringkat Asia-Pasifik.
Pengiktirafan itu diberi atas inisiatif Siti Nurhaliza meningkatkan kesedaran dan menggunakan pengaruhnya dalam membantu mempromosikan produk makanan peniaga kecil dan restoran yang terjejas akibat pandemik COVID-19 melalui perkongsian di Instagram Stories (IGs).
Tidak dilupakan, Tok Ti turut mengumumkan bahawa beliau hamil anak kedua! Tahniah.
Neelofa
Selain Siti Nurhaliza, Forbes turut menyenaraikan pengacara dan usahawan terkenal, Neelofa sebagai 100 selebriti paling berpengaruh dalam media sosial.
Ia sekali gus menyaksikan dua wakil Malaysia berjaya mengharumkan nama negara sebaris dengan selebriti terkenal dunia termasuk kumpulan k-Pop, Blackpink.
Ini bukan kali pertama Neelofa, atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor disenaraikan oleh Forbes.
View this post on Instagram
Selain pencapaian dalam Forbes, anak seni dari Tanah Merah, Kelantan ini turut mencuri tumpuan rakyat Malaysia apabila membuat keputusan untuk berniqab.
Malah, berita paling gembira buat para peminat apabila Neelofa mengumumkan bakal mengakhiri zaman bujang dengan jejaka tampan, Pencetus Ummah (PU) Rizz.
Namun begitu, sebelum 2020 menutup tirai, Neelofa sekali lagi menjadi tajuk berita berikutan hubungannya dengan PU Rizz dikhabar sedang dilanda ujian.
Neelofa dan PU Rizz dilaporkan akan berkahwin pada Mac 2021.
Semoga dugaan pertunangan yang dilaluinya dengan PU Rizz tidak memberi masalah yang rumit kepada mereka.
Azizulhasni Awang
COV1D-19 memberi impak yang cukup besar kepada semua sektor termasuk arena sukan.
Namun, di sebalik cabaran tersebut jaguh basikal trek negara, Azizulhasni Awang menutup tirai tahun ini dengan penuh bergaya.
View this post on Instagram
Selepas hampir 10 bulan tidak beraksi, Azizulhasni atau lebih dikenali sebagai The Pocket Rocket Man berjaya memenangi pingat emas acara keirin pada Kejohanan Basikal Trek Kebangsaan Australia di Brisbane, baru-baru ini.
Menerusi kemas kini di laman Instagram, juara dunia 2017 itu turut berkongsi video memaparkan pelumba Australia, Matt Glaetzer menghadiahkannya jersi Australia selepas tamat majlis penyampaian pingat.
Safawi Rasid
Dalam arena bola sepak tempatan, nama penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid bukan calang-calang.
Malah, penyerang kebangsaan berasal dari Dungun, Terengganu ini turut membuktikan bahawa keupayaan yang dimiliki beliau berjaya menarik minat kelab luar negara untuk menyunting pemain tempatan.
Tahun 2020 melakar sejarah manis buat pemain berusia 23 tahun itu selepas beliau dipinjamkan ke Portimonense SC pada Oktober lalu.
View this post on Instagram
Selain berjaya berhijrah ke Eropah, bintang bola sepak negara itu turut dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai Liga Malaysia selama dua musim.
Paling membanggakan apabila Safawi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Gol Terbaik Sedekad Liga Juara-Juara Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), pada September.
Luqman Hakim Shamsudin
Selain Safawi, seorang lagi bakat muda negara dalam dunia bola sepak ialah pemain remaja sensasi, Luqman Hakim Shamsudin.
Pemain berusia 18 tahun dari Kota Bharu, Kelantan ini berjaya melebarkan karier bola sepaknya selepas menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab profesional Belgium, KV Kortrijk.
View this post on Instagram
Sumber : Astro awani