Setelah pelbagai spekulasi tidak manis mengenai hubungan dengan Pencetus Ummah (PU) Riz atau Haris Ismail hangat diperkatakan, Neelofa akhirnya tampil menjelaskan hal sebenar.
Neelofa sudah pun bersuara menolak dakwaan kononnya terkena minyak pengasih selain sudah menikah dengan PU Riz secara senyap di Kelantan.
“Saya sendiri terkejut. Andaian yang dilemparkan tidak betul, tak berasas dan tak wajar.Tuduhan minyak pengasih, saya sedang berubat, transfer duit dan berkahwin di Kelantan sangat tidak betul dan karut.Ini melibatkan maruah keluarga kami, ia berat untuk ditelan, ” kata Neelofa menerusi video yang dimuat naik di IGTV pada Ahad malam.
Sementara itu, mengulas mengenai status terkini hubungannya dengan PU Riz, Neelofa bagaimanapun sekadar memberi bayangan seolah-olah dilanda badai.
“Apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya dan keluarga Haris kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.Saya pasti, tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan sebegini, lebih-lebih lagi kami masih belum pun ada apa sebarang ikatan,” katanya.
PU Riz Muat Naik Gambar Terbaru
Setelah kecoh tentang spekulasi tentang pertunangan dilanda masalah, Pu Riz memuat naik gambar seperti di masjid/surau dengan ucapan “Inn sha Allah ketemu lagi“.
Kurang pasti apa maksud disebalik caption yang dimuat naik, warga net sekali buat andaian yang bukan-bukan. Mungkin caption itu ditujukan untuk para jemaah.
Apa-apa pun sama-sama kita doakan yang terbaik untuk pasangan ini, bersangka baik dan berdoa agar semuanya dipermudahkan, itu lebih naik.
Sumber: IG PU RIZ
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/status-terbaru-pu-riz-mengundang-perhatian-orang-ramai/