Iklan ‘Teman Sambut Malam Tahun Baru’ Pemuda Ini Terima Perhatian Ribuan Gadis

Menanti detik masuk ke tahun tahun baru sememangnya menyeronokkan terutamanya bagi golongan muda. Saban tahun di seluruh dunia akan menyambut kedatangan tahun baru ini dengan percikan bunga api.

Namun, lain pula ceritanya di negara seberang di mana seorang pemuda di Jawa Tengah bernama Khoirul Anam, 28 tahun, yang memuat naik gambarnya bersama sepanduk iklan yang menawarkan ‘servis’ pakej teman lelaki istimewa untuk mengisi malam tahun tahun baru.

Difahamkan dua sepanduk itu telah dipasang di tiang elektrik serta satu lagi di pokok berhampiran rumahnya pada 20 Disember lalu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Kawko’SQUAD 🇮🇩 (@kawankomedi)

Uniknya, bukan sahaja menemani, malahan gadis yang bertuah untuk meraikan sambutan malam tahun baru bersama Khoirul juga akan disajikan dengan pakej makan malam, sesi berjalan berpegangan tangan, berswafoto, bermain bunga api bersama-bersama sebelum di hantar ke rumah.

“Hanya 90,000 rupiah (RM25.00) anda sudah mendapat pakej lengkap tahun baru,” ujarnya dalam iklan tersebut. Tambah menarik, selepas fotonya itu tular, Khoirul menerima lebih 2,000 ‘permohonan’. Namun, dia tidak sempat membalasnya.

“Idea iklan ini bukan bertujuan untuk tular dan ia sekadar hiburan semata-mata. Maklumlah saya ini masih single. Tuah badan selepas iklan ini tular, siapa tahu mungkin tahun baru ini saya akan bertemu jodoh,” ujar Khoirul kepada wartawan Tribun News.

Menurut Khoirul, idea ini muncul setelah mendengar luahan isi hati daripada seorang rakannya yang juga single tidak berteman untuk meraikan sambutan tahun baru. Memandangkan Khoirul juga begitu, lantas terhasillah idea iklan ini bagi dia mencari jodoh.

“Walaupun saya hidup di kampung, namun ia bukan penghalang untuk saya terus berkarya kreatif demi hiburan kepada umum,” ujarnya kepada Tribun News.

Untuk pengetahuan anda, khidmat yang ditawarkan Khoirul ini hanya khusus kepada wanita single di luar sana dan tidak akan melayan isteri orang.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :  thevocket.com