Sakinah Kata Tak Rampas Suami Orang, Sekali Mat Saleh Ini Dedah Perkara Sebenar

Kekasih Sharifah Sakinah, Michael Hansen menafikan dakwaan pelakon wanita itu per4mp4s dan pemusnah rumah tangga orang.

Michael menegaskan dia tidak pernah menjalin hubungan sulit bersama Sakinah sepanjang mengenalinya.

Sebaliknya hubungan perkahwinan bersama dengan bekas isterinya itu telah berakhir sebelum bertemu dengan Sakinah.

“Merujuk kepada khabar angin yang tersebar di media sosial sejak kebelakangan ini, saya ingin menjelaskan dan mengesahkan bahawa

Sharifah Sakinah BUKAN penyebab perpisahan perkahwinan saya.

“Hubungan antara saya dan ibu anak-anak saya sudah berakhir setahun sebelum saya bertemu dengan Sakinah. Selepas daripada perpisahan itu kami memang tinggal secara berasingan.

“Sakinah adalah seorang wanita hebat, baik hati dan mempunyai sifat humor yang sangat menyenangkan.

“Kami juga menghorm4ti masa silam masing-masing. Saya harap anda semua dapat menghorm4ti privasi keluarga saya dengan cara yang sama,” jelasnya dalam Bahasa Inggeris.

Michael berkata demikian ketika dihubungi Gempak menerusi aplikasi WhatsApp hari ini.

Terdahulu, nama Sakinah tiba-tiba menjadi hangat apabila timbul pelbagai versi cerita kurang enak mengenai dakwaannya sebagai per4mp4s suami orang.

Dalam perkembangan lain, Sakinah sebelum ini memaklumkan bakal mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Sweden ini pada 28 Mei tahun hadapan.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : GEMPAK