Zul Ariffin dan Ruhainies telah menjadi buah mulut kerana ada aksi antara mereka berdua yang menampakkan hubungan yang amat mesra.
Malah, ada yang melabel ianya agak berlebihan kemesraan yang ditonjolkan antara mereka berdua walaupun diketahui bahawa ianya hanyalah lakonan semata.Aksi berkenaan merupakan adegan untuk drama bersiri berjudul Wifi Sebelah Rumah.
Menjawab isu aksi mesra ini, Zul Ariffin memberitahu kemesraan dilihat tu sebab dia dan Ruhainies memang ada chemistry yang agak kuat. Amat serasi berlakon bersama.Bila diberitahu bahawa Ruhainies mengaggap bila berlakon dengan Zul Ariffin, dia mudah masuk hayati watak, Zul pula berkata ianya satu compliment.
“Alhamdulillah ianya complimentlah, bagi saya, bila kita kerja ini ianya bukan untuk fun sahaja. Dalam Insta nampak fun, tapi kita tukar baju salin baju, hafal skrip semua, takde lah fun sangat. But Ruhainies rakan sekerja kita rasa compliment”.
“Cerita tu komedi, jadi most of the time, tak ada stress, dram4tic atau emotional semua. Kami berdua enjoy kerja sama-sama. Kerja semua pun best. Hopefully ada lagi kerjasama nanti”.
Tentang adegan pegang-pegang, dan ada yang kata kalau Zul Ariffin ini berlakon ianya agak berlebihan, ini respon dari pelakon ini.
“Sebenarnya benda ini sensitif tapi kalau tak mahu tengok, jadi jangan beli TV lah. Simple komen yang saya boleh bagi.”
“Even tak pegang, as a Muslim, jika kamu tengok perempuan pakai skirt dalam TV pun ianya tak elok, apa tah lagi kalau ada adegan pegang-pegang, so don’t own a TV lah”.
“It’s a bit harsh, but saya ni buat kerja saya sahaja. Ini hanya my opinion sahaja”. Itulah komen dari Zul Ariffin tentang isu ini.Apapun, Zul Ariffin kini akan lebih memilih dan akan kurang untuk berlakon filem atau drama bercinta.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : transformasi via AppleHijau