Nafiz Muaz Bergelar Suami, Selamat Bernikah Dengan Diyana

Pelakon Nafiz Muaz, 22, selamat bergelar suami dengan sekali lafaz kepada wanita pilihan hatinya, Diyana Omar, 29, kira-kira jam 11.33 pagi tadi.

Pasangan itu diniikahkan bapa pengantin perempuan, Datuk Seri Omar Ahmad di sebuah hotel, di sini.

Jejaka kelahiran Sungai Petani, Kedah yang digiilap bakat melalui Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) 2016, menyerahkan wang hantaran RM30,000, mas kahwin RM1,001 dan lima dulang berbalas tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nafiz Muaz (@nafizmuaz)

Nafiz berkata, mereka pada mulanya merancang bernikah, Ogos lalu.

“Namun, disebabkan situasi semasa pandemiik c0v1d-19 dan beberapa kekangan lain, kami tunda kepada bulan lalu.

“Akhirnya, saya dan isteri memilih hari ini. Biarpun berlangsung dalam suasana norma baharu dan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), kami akur dengan ujian melanda dunia sekarang,” katanya yang menggayakan persalinan rekaan Calvin Thoo.

Mengulas mengenai isterinya, Nafiz berkata dia amat selesa bersama dengan Diyana.

“Apa yang lebih penting, dia fahami saya. Kami terbuka dalam banyak perkara.

“Insya-Allah, kami akan layari bahtera perkahwinan ini dengan penuh tanggungjawab. Semoga Allah SWT mempermudahkan rencana hidup baharu kami ini,” katanya.

Nafiz atau nama penuh, Muhd Nafiz Muaz Mat Nasir memberitahu, majlis resepsi akan diadakan pada 21 Januari depan. Ini disusuli majlis bertandang di Sungai Petani, Kedah, bulan depan.

Mengenai bulan m4du, mereka belum merancang kerana Nafiz akan memulakan penggambaran sebuah drama, Rabu ini.

Untuk Info: Nafiz telah menundakan perkahwinannya sebelum ini akibat penul4ran c0v1d-19.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)

Sumber / Foto: BH Online

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gempak via TehTarikKaw