JANGAN kata lelaki sahaja boleh buat kerja perempuan, kerana dunia kini banyak yang telah berubah berbanding dulu.
Tidak terkejut jika di tengah pandemik C0v1id-19 ini, ramai yang terpaksa melakukan kerja yang bukan dalam bidang mahupun sesuatu yang diminati.
Remaja yang berusia 20 tahun ini membuktikan walaupun saiz badannya kecil, dia tetap mampu menolong ayahnya di ladang kelapa sawit.
Bercerita kepada mStar, Ryecheal Saddy yang berasal dari Keningau, Sabah berkata, tidak ada yang must4h1l, malahan semuanya terpulang kepada diri sendiri antara mahu atau tak nak lakukan sahaja.
Tular satu video Ryecheal di TikTok apabila dia mengangkat tandan kelapa sawit dan memasukkannya ke kereta di ladang kelapa sawit Kampung Bingkor, Keningau.
Video tular di laman TikTok Reychael.
“Saya sudah biasa tolong ayah di ladang kelapa sawit, sejak sebelum saya belajar dulu pun.
“Bagi saya tak ada yang must4h1l, kalau saya boleh buat mesti wanita di luar sana pun boleh.
“Video itu adik saya yang rakam masa kami tengah tolong ayah di ladang,” katanya kepada mStar.
Bagi saya hal hantaran mak ayah tentukan, bukan kerja saya.
Sehingga kini perkongsian itu telah mencecah 15,000 likes dan 8,000 komen.
Bakal Pramugari
Ryecheal yang baru sahaja menamatkan pengajian di Selangor dalam pengurusan Kru Kabin berkata, biarlah dia mengisi masa terluang dengan membantu ayahnya walaupun ramai yang menganggap kerja di ladang itu tidak sesuai untuk kaum hawa.
“Saya baru sahaja habis belajar, belum sempat nak bekerja pun, malahan bidang yang saya pelajari paling terkesan dengan pandemik c0v1d-19. Sebab itu saya fikir ada baiknya saya tolong ayah dahulu buat masa ini.
Reychael berharap dia dapat menjadi contoh terbaik kepada mereka yang tidak berani mencuba sesuatu yang baharu.
“Secara peribadi, kerja saya ini memang lah kerja lelaki tetapi saya dah terbiasa dari kecik, jadi saya tak kisah sangat.
“Saya tahu ramai yang kata kerja ini tidak sesuai dengan perempuan kerana mengangkat benda berat tetapi selagi saya mampu dan tidak memudaratkan diri apa salahnya,” jelasnya.
Sementara itu, ada yang lebih mencuri perhatian netizen apabila Reycheal sempat bergurau di ruangan komen mengenai hantaran tinggi kerana mampu melakukan kerja yang lebih sinonim dengan lelaki.
“Niat saya cuma nak gurau-gurau sahaja kerana banyak pula komen dan DM yang saya terima setiap hari selepas video itu viral.
Komen netizen yang menegur Reychael salah mengangkat kelapa sawit itu
“Bagi saya hal hantaran mak ayah tentukan, bukan kerja saya,” ujarnya berselor0h.
Reychael berharap dia dapat menjadi contoh terbaik kepada mereka yang tidak berani mencuba sesuatu yang baharu.
Katanya, dalam situasi yang serba mencabar ini, kita harus beranikan diri untuk mencuba bukannya duduk di rumah dan hanya berharap semuanya akan berakhir dengan cepat.
Menerusi video berkenaan, gadis itu memberitahu pekerja di kebun sawit bapanya bercuti untuk pulang ke kampung dan dia turun padan membantu ayahnya.
Seperti kita tahu pekerjaan di sektor perladangan kebiasaannya sinonim dengan kaum lelaki memandangkan ia memerlvk4n kudrat yang kuat.
Perlu berdepan cuaca panas di kawasan ladang, sudah tentu pekerjaan tersebut tidak menjadi pilihan kaum wanita. Namun, jangan memandang rendah jika ada wanita mampu bekerja di ladang.
Diruangan komen video tersebut, rata-rata netizen mengagumi kudrat dimiliki gadis berkenaan. Malah ada yang mahu berkahwin dengan Rachel dan tidak kisah jika hantarannya mahal sekalipun.
Kata netizen lagi, bukan senang nak cari wanita seperti Rachel yang bukan sahaja cantik tetapi pandai melakukan kerja kampung.
Pramugari cantik angkat sawit, ramai yang cair hati, sanggup beri mas kahwin RM50, 000. KUDRAT seorang wanita lazimnya terbatas. Jarang-jarang kita dengar wanita yang bekerja di ladang dan mengangkat sawit dengan tenaga sendiri.
Selalunya, jika pekerja wanita yang mengambil upah, mereka lebih terhad kepada kerja-kerja membu4ng pelepah daun sawit atau mengutip biji sawit yang bertaburan.Pun begitu, lain pula kisah seorang pramugari cantik yang berasal dari Keningau, Sabah ini.
Dengar cerita, ramai jejaka ‘cair’ melihatnya dan sempat mengusik dengan mengatakan mereka sanggup membayar mas kahwin sehingga RM50,000. Dengan tubuh tinggi lampai dan langsing itu, gadis yang dikenali dengan nama Rachel itu membuktikan kudrat wanita cukup luar biasa. Bukan calang-calang tenaga sumandak Sabah itu.
Beliau dilihat mampu mengangkat buah sawit yang berat ketika membantu bapanya di ladang sawit milik keluarga. Dalam video pendek yang dikongsikan dalam akaun TikTok dengan kapsyen ‘Dad’s Plam oil plantation. Pekerja dady balik kampung. So kami ganti buat kerja dia orang sementara‘ mendapat lebih 18,000 tanda suka. Tidak hanya sibuk membantu di ladang sawit, si cantik itu juga rajin menolong di bendang melalui perkongsian video yang dimuat naik baru-baru ini.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : trendingsangat via AppleHijau