Seperti yang kita seida maklum, permohonan i-sinar telah pun dibuka oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat yang terkesan kerana pandemik C0VID-19 pada 21 Disember 2020 yang lalu.
Buat masa ini permohonan tersebut hanya dibuka bagi mereka yang berada dalam kelompok kategori 1 sahaja.
Untuk kategori 2 pula, permohonan akan dibuka pada 11 Januari 2021 selama 6 bulan.
Seperti yang telah dinyatakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), semakan status permohonan boleh mula dibuat pada 4 Januari 2021.
Semakan tersebut akan membolehkan para pemohon mengetahui sama ada permohonan diluluskan oleh pihak KWSP atau tidak.
Bermula 4 Januari 2021, semakan status boleh mula dibuat pada laman web isinar.kwsp.gov.my
Cara Semakan Status i-Sinar KWSP
Cara semakan adalah seperti berikut:
● Layari isinar.kwsp.gov.my
● Masukkan maklumat anda seperti nama dan juga nombor telefon yang telah didaftarkan.
● Klik semak.
Status permohonan anda akan dipaparkan.
Jika anda berjaya,pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat permohonan akan dikreditkan bermula 11 Januari 2021.
Jika anda tidak berjaya, sama-sama kita tunggu jika pihak KWSP menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : semakankerjaya.com