Gaji Pokok Hanya RM550, ‘Pay Slip’ Pengawal Keselamatan Ini Cetus Perdebatan Netizen

Mempunyai pekerjaan dan pendapatan untuk menampung kehidupan seharian boleh dikatakan sebagai ‘kemewahan’  tatkala dunia sedang berhadapan dengan pandemik ketika ini.

Namun ada ketikanya kemewahan dan kelebihan yang tidak dapat dinikm4ti setiap orang ini-terutamanya dengan ramai yang kehilangan sumber pendapatan ini adakalanya agak tidak setimpal dengan apa yang dikerjakan.

Seperti kisah seorang pengawal keselamatan dari utara tanah air ini yang tular di Facebook sebelum ini kerana bayaran gaji bulanan yang diterimanya menurut netizen dan rakannya sendiri yang berkongsikan perkara berkenaan adalah sangat rendah dan tidak berpatutan.

Menerusi perkongsian yang dibuat di akaun Ahmad Fauzee Aziz, beliau menceritakan kisah rakannya (dengan izin) yang hanya menerima RM550 sahaja sebagai gaji pokok sebulan sebagai pengawal keselamatan.

“Bila saya tengok slip gaji dia, pertama sekali saya cakap dia dah jadi m4ngs4 tipu.

“Saya pernah suruh berkali-kali sahabat saya berhenti dan cari kerja lain. Sebabnya tuan-tuan boleh tengok sendiri gambar.

“Gambar cukup menjelaskan kenapa,” jelasnya.

 

Slip gaji menunjukkan bayaran yang diterima rakannya.

Menurut perkongsian berkenaan, rakannya itu bekerja selama enam hari seminggu dimana lima hari daripadanya beliau perlu bekerja selama 12 jam dan satu hari dalam seminggu diwajibkan untuk bekerja selama 24 jam sehari dan diberikan cuti sehari seminggu.

Manakala untuk gaji yang diberikan pula adalah sebanyak RM550 sebagai gaji pokok dan pelbagai elaun sehingga RM575. Keseluruhan bayaran setiap bulan yang diterima rakannya itu adalah sebanyak RM1125.

“Kalau ada sesiapa yang mengenali kawan-kawan yang bekerja di pejabat buruh boleh mesej saya di Messenger bagi nombor telefon.

“Saya nak bertanya beberapa soalan. Adakah boleh diambil tindakan terhadap syarikat ini yang terang-terang menipu orang? Gaji basic yang ditetapkan di Malaysia sebanyak RM1200 bukan nya RM 500+,” soalnya dalam perkongsian berkenaan.

Adakah gaji minimum termasuk elaun?

Perkongsian berkenaan seterusnya menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan rata-ratanya meluahkan rasa terkejut dan ada yang menganggap ianya tidak berpatutan dan tidak sesuai seperti peraturan yang ditetapkan.

“Boleh terus pergi pejabat buruh buat aduan. Majikan gagal patuhi undang-undang gaji minimum. Boleh minta pembayaran semula utk gaji-gaji lepas selepas akta gaji minimum dikuatkuasakan,” komen seorang netizen.

Manakala seorang lagi netizen menambah kebanyakan syarikat keselamatan memang menggunakan sistem yang lebih kurang sama.

“Kebanyakan syarikat keselamatan meman macam ini sebab depa ambil tender murah,” jelasnya.

Bagaimanapun ada juga yang berpendapat ianya bergantung kepada jenis kontrak yang dipersetujui pekerja.

“Kita dekat Malaysia ada dua jenis kontrak. Kalau jenis ikut jam atau kita panggil kontrak untuk perkhidmatan sebab itu tak boleh nak lawan,” tambah seorang lagi netizen.

Mengikut Perintah Gaji Minimum 2020, kadar gaji minimum yang perlu dibayar kepada pekerja di mana-mana kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran adalah sehingga RM1,200 setiap bulan dan mereka yang tidak mempunyai gaji pokok (dibayar berdasarkan upah ikut kerja, berat, tan, dsb) juga harus dibayar dengan amaun yang sama.

Selain itu, pekerja yang berada di kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran sama ada yang dibayar dengan gaji pokok atau mengikut kadar kerja ditetapkan pula adalah sebanyak Rm1,100.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan sama ada gaji minimum seperti yang diwartakan dalam Perintah Gaji Minimum 2020 ini adalah dimaksudkan dengan gaji pokok sahaja atau pun tidak.

Tetapi apa yang pasti, menurut Soalan-Soalan Lazim Berhubung Perintah Gaji Minimum 2016 yang dikeluarkan Urus Setia Majlis Perundagan Gaji Negara pada 17 Mei 2016 yang tersedia di laman sesawang Kementerian Sumber Manusia, gaji minimum merujuk kepada gaji pokok.

Ianya tidak termasuk elaun, insentif atau apa-apa bayaran tambahan yang dibuat kepada pekerja.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/