Kuasa mekap! Pengantin ada parut di muka disolek cantik, dah macam Ayda Jebat

CINTA kepada paras rupa bukanlah jaminan kebahagiaan dan keharmonian rumahtangga.

Namun sudah jadi lumrah masa kini, apabila memilih pasangan wajah yang kacak atau jelita juga menjadi keutamaan bagi kebanyakan orang.

Bagaimanapun masih wujud insan yang lebih melihat kepada hati budi pasangan dan tidak menjadikan paras rupa sebagai kriteria utama dalam menjalinkan hubungan.

Begitulah kisah Siti Nadhrah Atika Salaman yang amat bersyukur dipertemukan jodoh walaupun ca.cat sebelah mata selepas terbabit dalam kemal.angan jalan raya, 10 tahun lalu.

Wanita berusia 25 tahun ini mula menjadi perhatian ramai apabila foto-foto yang memaparkan wajahnya disolek cantik pada hari perkahwinan, 26 Disember lalu, dikongsi oleh seorang jurusolek.

Nadhrah bersama suami di hari bahagia mereka.

“Kesian pengantin ini pernah mengalami kemal.angan 10 tahun lepas yang mengaki.batkan ced.era mata sebelah kanan, kening dan muka tetapi pengantin ini memang cantik sangat walaupun tanpa mekap,” tulis jurusolek berkenaan pada postingnya yang tular.

Siti Nadhrah Atika atau lebih senang disapa Nadhrah berkata pada mulanya dia langsung tidak tahu foto-foto itu tular, tetapi berasa lega apabila hanya komen positif dan pujian yang ditinggalkan di ruangan komen.

“Terkejut saya banyak pula yang komen sampai ada yang samakan mekap saya macam mekap Ayda Jebat masa kahwin.

“Saya akad nikah pada 6 Disember, foto itu adalah mekap masa majlis perkahwinan saya yang dilangsungkan di Johor Bahru, Johor baru-baru ni,” katanya ketika dihubungi mStar.

Kisah tragis berdepan kemala.ngan pada tahun 2011 ketika Nadhrah berusia 15 tahun.

Bercerita lanjut mengenai dirinya, Nadhrah memberitahu ketika berusia 15 tahun dia dan abangnya terbabit dalam satu kemala.ngan jalan raya berhampiran rumah keluarganya di Kampung Ladang Darat, Johor Bahru, Johor.

Akibat kemala.ngan itu, mata di sebelah kanannya ced.era parah dan tidak lagi berfungsi selain turut men1ngg4lkan parut.

“Masa tu abang saya yang memandu kereta. Serpihan kaca masuk dalam dua-dua belah mata… kelopak mata sebelah kiri terkoyak tapi tak kena biji mata, malangnya serpihan terkena mata sebelah kanan.

Dia cakap langsung tak malu sebab dia tahu hati budi saya lebih dari segalanya.

SITI NADHRAH ATIKA

“Mujur mata sebelah kiri boleh diselamatkan lagi, saya bersyukur sangat masa tu walaupun hanya Allah je tahu betapa sed1hnya saya,” jelasnya.

Nadhrah yang kini tinggal bersama suaminya, Muhamad Farid Mohsan, 27, di Klang berkata usia perkenalan mereka genap setahun pada hari perkahwinan dilangsungkan.

“Kami kenal dekat tempat kerja Disember 2019, Ogos tahun lepas bertunang dan terus akad nikah pada Disember.

“Saya yang mula dulu mengorat suami. Masa tu memang tahu tak akan dapat sebab sedar kekurangan diri.

Nadhrah bersyukur kerana suami Muhamad Farid Manson, menerima dirinya seadanya.

“Tak sangka tak lama lepas tu suami bagi respons baik dan kami terus rancang kahwin,” ujarnya yang bekerja sebagai Pentadabir Sumber Manusia di Seri Kembangan, Selangor.

Menurut Nadhrah dia juga pernah bercakap mengenai keca.catan wajahnya dengan suami dan bersyukur apabila suaminya menerima segala kekurangannya.

“Saya pernah tanya suami, ‘awak tak malu ke keluar dengan saya muka saya macam ni?’

“Dia cakap langsung tak malu sebab dia tahu hati budi saya lebih dari segalanya, ” kata Nadhrah.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber: mstar