Melihatkan jumlah kes meningkat setiap hari dan kes c0v1d-19 yang aktif kini mencapai 24,347 kes sekaligus menimbulkan kebimbangan. Setakat ini, Malaysia mencatatkan 125,438 kes sejak w4b4k ini bermula.
Mendedahkan realiti sebenar negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata sistem penjagaan kesihatan kini berada pada “tahap genting” dan sedang berjuang dengan pertambahan jumlah pes4kit.
“(Ini) kerana kes meningkat setiap hari. Kami mungkin tidak dapat menampung pes4kit di kemudahan kami.
“Kami melihat bagaimana kami dapat meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita. Tetapi yang terbaik adalah bukan hanya meningkatkan sistem penjagaan kesihatan kita … tetapi untuk mengurangkan beban,” katanya.
Setakat 6 Jan 2021, 561 kluster dilaporkan dimana 309 daripadanya telahpun ditamatkan.
Baki 252 kluster masih lagi dipantau oleh KKM.
Berikut adalah 62 kluster aktif yang melaporkan kes baharu hari ini.#kkm pic.twitter.com/St2mPvzUSm
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 6, 2021
Pecahan kes baharu (2,593)
Selangor
605 kluster sedia ada
124 kluster baharu (Dataran Utas, Casa Permai, Medan Jasa & Tasik Utama)
165 saringan kontak rapat
70 lain-lain saringan
1 import pic.twitter.com/0ezGD4fN1M— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 6, 2021
Jumlah kes baharu 2,593 hari ini adalah tertinggi pernah dilaporkan.
Rekod tertinggi sebelum ini adalah 2,525.
Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Malaysia setakat 6 Januari 2021 adalah 125,438. pic.twitter.com/u0cdVfNUyX
— KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) January 6, 2021
Susulan itu, KKM semalam mencadangkan kepada kerajaan menjalankan perintah kawalan pergerakan ‘PKP bersasar’ untuk menurunkan jumlah k3s.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKP Bersasar yang dimaksudkan beberapa negeri akan berada di bawah perintah kawalan pergerakan.
“Ini pendekatan yang lebih bersasar. Daripada (melibatkan) seluruh negara seperti apa yang kita lakukan untuk PKP pada 18 Mac tahun lalu.
“Sekarang saya rasa strategi kita akan berubah – kita akan lebih (melihat keadaan) setempat dan disasarkan daripada segi pelaksanaan,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
SUMBER: MalaysiaKini