Selebriti, Eyra Hazali rasanya ramai sudah mengenalinya apabila dia merupakan seorang pelakon yang memulakan kerjaya lakonan sejak kecil lagi sehingga pernah menerima anvgerah dan selepas muncul dalam drama bersiri berjudul, Mr Grey nampaknya membuatkan dia semakin mencuri perhatian ramai.
Biarpun begitu, Eyra Hazali semakin bahagia kini selepas mendirikan rumah tangga dengan seorang pemain bola sepak dan penjaga gol, Haziq Nadzli pada 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata.
Terbaharu keg3mbiraan jelas terpancar di wajah Eyra Hazali lagi apabila dia menyambut ulang tahun kelahiran suami yang ke 23 kelmarin dengan suasana meriah yang mana pada tahun ini mereka berdua menyambut bersama anak.
Eyra Hazali menerusi ruangan kapsyen pula mengutarakan rasa syukurnya dan berterima kasih kepada suami, Haziq Nadzli
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian pelakon drama Mr Grey itu, ternyata hadiah di atas meja dalam f0to tersebut juga mendapat perhatian apabila kelihatan permainan popular, PS5 yang dijadikan hadiah buat suaminya itu.
Dalam pada masa yang sama, tak kurang juga rata-ratanya memberikan ucapan buat suaminya itu yang menyambut kelahiran yang ke-23.
“Suami hensem, isteri lawa… bagai pinang dibelah dia. Alhamdulillah tahniah dan happy untuk awak berdua”
“Happy birthday…”
“Muda lagi rupanya”
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : HCL via TehTarikKaw