Kenapa Cuti Hujung Minggu Jatuh Hari Sabtu dan Ahad?

Di negara kita, cuti hujung minggu dibahagikan kepada dua jadual mengikut negeri. Negeri seperti Selangor, Melaka dan Wilayah Persekutuan mengamalkan cuti pada hari Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, bagi negeri seperti Kedah, Kelantan dan Johor pula, cuti hujung minggu ditetapkan pada hari Jumaat dan Sabtu. Sekiranya anda tanya pada kami, kami lebih senang cuti Jumaat dan Sabtu – kerana Jumaat merupakan hari solat Jumaat jadi banyak masa diluangkan untuk ke masjid.

Walaupun demikian, cuti hujung minggu Sabtu dan Ahad tetap diterima secara lebih meluas di seluruh dunia – membantu waktu urusan seterusnya mencipta keseragaman yang menyenangkan orang ramai. Persoalannya di sini – dari mana datangnya cuti Sabtu dan Ahad ini? Mengapa tidak Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis tidak dianggap hari cuti?

8 jam sehari, 5 hari seminggu, 40 jam maksima

Untuk memahami kenapa dari mana datangnya hari bekerja dan hari hujung minggu, ingin kami memandu anda kepada salah sebuah artikel kami berkenaan sejarah bagaimana kerja lima hari seminggu tercipta. Baca dulu ya. Kami tunggu.

Sudah?

Seperti yang anda sudah sedia maklum sekiranya anda membaca artikel kami, pada awalnya tidak wujud sebarang kekangan dalam jadual harian kerja – dengan majikan diberikan sepenuhnya kuasa untuk menentukan hari dan waktu bekerja.

Sehinggalah tibanya hari May Day menjadi titik tolak kebangkitan pekerja melawan arahan majikan, seterusnya memulakan proses penambahbaikan pada jadual, hari dan jam setiap pekerja diwajibkan bekerja. Hari itu jugalah asal-usul mengapa kita menyambut hari pekerja setiap tahun.

Berikutan daripada pengenalan waktu 40 jam maksima seminggu dengan 8 jam bekerja dalam sehari, ini bermakna semua pekerja perlu bekerja selama 5 hari dalam seminggu bagi mencukupkan 40 jam, dengan 2 hari selebihnya dianggap hari cuti.

Itu secara ringkas asal-usul dari mana datangnya jadual kerja yang kita masih amalkan sehingga kini, tetapi tidak menjawab kenapa kita cuti pada hari Sabtu dan Ahad, di kebanyakan negara dan tempat.

Idea asal cuti hujung minggu

Cetusan sebenar idea cuti hujung minggu mempunyai beberapa sumber yang berbeza, namun kisah yang paling popular melibatkan pengenalan sistem cuti oleh Henry Ford, pengeluar kereta pertama dunia.

Seorang peniaga sejati, Ford sentiasa mencari jalan bagi memaksimakan keuntungan seterusnya memperkembangkan perniagaannya. Di awal kemunculan kereta, tidak banyak pihak mampu memilikinya berikutan kos belian yang agak tinggi. Jadi Ford yang dibantu oleh Timbalan beliau, James Couzens merangka satu strategi pemasaran yang sangat genius dan licik.

Untuk semua pekerja di bawah syarikatnya, Ford menaikkan kadar gaji daripada $2.34 sejam kepada $5.00. Ini bukan saja menaikkan moral pekerja, malahan menyebabkan ramai pekerja beratur mahu mencuba nasib pekerjaan di kilangnya. Di samping itu, Ford yang turut sama mengamalkan 5 hari bekerja, mula mempopularkan konsep cuti hujung minggu sebagai waktu orang ramai berbelanja setelah berpenat lelah, pada pekerjanya sendiri.

Tujuan dia menaikkan gaji dan memberikan cuti semaksima mungkin setiap minggu, sebenarnya mempunyai hel4h lain. Dengan menaikkan gaji, pekerja di kilang Ford kini sudah mampu berangan-angan mahu memiliki kereta sendiri dan dalam masa yang sama, merasakan hujung minggu merupakan waktu paling sesuai untuk mereka keluar menaiki kereta untuk berbelanja.

Kempen ‘hujung minggu untuk berbelanja’ itu mula popular, diikuti oleh orang ramai seterusnya menyebabkan kerja 5 hari, cuti 2 hari dikira sebagai satu kebiasaan. Kami masih belum menjawab soalan utama artikel ini lagi kan? Jom kita jawab.

Kenapa Sabtu dan Ahad?

Persoalan berkenaan kenapa Sabtu dan Ahad dipilih sebagai cuti, bermula dengan apa yang berlaku daripada abad ke 18 sehinggalah sekitar awal abad ke 20. Berikutan keperluan perindustrian yang semakin tinggi bebannya pada pekerja, permintaan untuk cuti rehat lebih kerap dilakukan pekerja – sehingga pengenalan sistem kerja 5 hari seminggu.

Pada ketika itu, berikutan kewujudan ramai komuniti penganut Yahudi yang bekerja di Amerika Syarikat memerlvk4n mereka menghorm4ti hari Sabbath – setiap hari Sabtu.

Oleh kerana pekerja Yahudi tidak boleh bekerja pada hari Sabtu, beban kerja yang telah mereka tinggalkan sedikit sebanyak mengg4nggu perjalanan kerja – kerana ramai di antara mereka bekerja di kilang-kilang seperti kilang tepung. Melihat bagaimana pekerja Yahudi dibenarkan bercuti pada hari Sabtu, golongan pekerja yang beragama Kristian turut sama menyuarakan pandangan agar hari mereka perlu hadir di gereja, pada hari Ahad juga diisytiharkan sebagai hari cuti.

Pada mulanya, kebanyakan majikan menggilirkan dua kumpulan pekerja ini tetapi berlaku perselisihan faham di kalangan pekerja yang tidak puas hati, merasakan perkara itu tidak adil kerana ada pihak yang perlu menanggung tugasan pekerja yang bercuti pada hari sebelumnya, bagi memenuhi keperluan pengeluaran.

Disebabkan masalah itu, beberapa kilang mula bertindak terus menghentikan operasi agar pengurusan jadual menjadi lebih efisien dan mudah diuruskan, memulakan cuti rasmi pada hari Sabtu dan Ahad untuk kesemua pekerja tak kira agama.

Bukan semua negara mengikut sistem Sabtu dan Ahad. Bagi negara Islam seperti Mesir, Jordan, Iraq dan UAE, negara ini bercuti pada hari Jumaat dan Sabtu. Yemen menjadi negara Islam terakhir mengamalkan sistem Khamis dan Jumaat sebelum mengubahnya kepada Jumaat dan Sabtu dalam tahun 2013, selari dengan negara-negara Islam lain.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : iluminasi