Siapa tak cuak kalau sedang bersiar-siar dengan gembira dan secara kebetulan terlihat anggota badan manusia yang seakan terpisah dari tubuh di depan mata sendiri?
Itulah yang terjadi pada seorang wanita bernama Katie Wilkinsn berusia 26 tahun dari daerah Winlaton, Gateshead yang menemukan sesuatu seakan ‘jari kaki manusia’ di atas tanah berlumpur ketika dia sedang bersiar bersama anjing peliharaannya.
Katie dikatakan melalui jalan berbeza dan memerhatikan lumpur yang dilalui supaya tidak tergelincir sebelum menemui ‘jari kaki’ manusia. Dia memutuskan untuk melihat lebih dekat dan mengambil gambar untuk menunjukkan pada orang lain dan meyakinkan mereka dengan apa yang dilihatnya itu.
Semua orang yang telah melihat gambar itu bersetuju bahawa gambar yang diambil Katie itu adalah sesuatu benda yang misteri . Katie yang ketakutan terus menelefon pihak p0lis untuk melaporkan perkara itu.
Dalam beberapa minit, pihak p0lis tiba di hadapan rumahnya, Katie membawa p0lis ke lokasi di mana dia menemukan ‘jari kaki’ dan pihak p0lis mula melakukan si4satan.
Seorang detektif bersetuju bahawa ianya terlihat seperti jari kaki, tetapi setelah berjam-jam mencari dan tidak ada hasil, 2 anjing pengesan juga dibawa masuk untuk membantu si4satan, dan mereka segera mengetahui bahawa itu sama sekali bukan bahagian tubuh manusia tetapi itu hanyalah kentang.
“Saya betul-betul minta maaf, saya sangat menyesal kerana membu4ng masa mereka. Saya berasa sangat burvk. Mereka meyakinkan saya bahawa saya telah membuat perkara yang betul.”
Menyesal selepas menyedari perkara sebenar, wanita itu meminta maaf kerana telah membu4ng masa anggota p0lis. Walau bagaimanapun, p0lis terus menyakinkan wanita itu bahawa dia melakukan perkara yang betul.
“Kami berpuas hati bahawa laporan itu dibuat dengan baik yang akan selalu mendorong orang yang melihat sesuatu yang mencurigakan untuk melaporkannya”.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : www.mediakl.my