‘Paksa Krew TV Makan Belacan Mentah’- Netizen Terhibur Lihat Gelagat Maryam Dalam Program Puncline DAC

Siapa yang tidak mengenali Maryam dan Ryzal yang hadir dengan saluran YouTube terkenal, DurianKimchi. Terbaharu, Maryam dan Ryzal telah dijemput menjadi tetamu di program Punchline DAC.

Kehadiran Maryam berjaya membuat Datuk AC Mizal sebagai hos dan juga PS Mansur tidak berhenti gelak. Ketika bermain permainan teka hidangan makanan tradisional Malaysia, Maryam banyak tersasul dan menyuapkan krew program tersebut dengan belacan disebabkan ‘geram’ tidak dihidangkan bersama nasi.

Lantaran itu, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Maryam dan juga Ryzal dalam rancangan tersebut. Mana tidaknya, teletah Maryam yang bersahaja mencuba pelbagai makanan seperti budu, belacan dan lain-lain berjaya membuatkan penonton tergelak.

Bukan itu sahaja, para netizen juga mengatakan Maryam boleh masuk ke program Maharaja Lawak disebabkan dirinya yang berjaya membuat lawak secara spontan. Malah, rata-rata netizen turut berasa kasihan kepada krew yang terpaksa makan belacan.

 

Adakah anda sudah menonton program Punchline DAC ini? Adakah anda rasa kelakar atau sebaliknya?

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/