“Cukuplah menyeksa saya selama lebih empat tahun kami bercer4i. Saya sudah lama bersabar, tetapi nampaknya Fatin sengaja mahu menguji kesabaran saya. Saya tidak mahu memanjangkan isu ini. Jalan terbaik adalah membawa kes ke mahkamah.
“Di sana, saya akan menjelaskan segala-galanya termasuk bukti sekali,” ujar pelakon drama ‘Juvana’, Adam Shahz, 40, yang nekad mengambil tindakan saman ke atas bekas isterinya yang juga pelakon Fatin Afeefa berikutan tindakan mengaibkannya hingga boleh menjatuhkan reputasi.
Fatin berkongsi satu video perbualan dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, 6, menerusi Instagram (IG) Story miliknya mendakwa, bekas suaminya itu berkongsi bilik tidur dengan teman wanitanya ketika bercuti, baru-baru ini.
Bagaimanapun, video berkenaan dipadam Fatin tidak berapa lama kemudian, malah turut membuat permohonan maaf kepada bekas suaminya itu dalam ruangan IG Story.
Bagaimanapun, Adam enggan mengulas dakwaan dibuat wanita itu, sebaliknya dia tekad dengan keputusan untuk menyaman Fatin. Adam berkata, dia kec3wa bekas isterinya turut membangkitkan mengenai nafkah untuk anak mereka.
Sebelum ini, jelas Adam, Fatin pernah membangkitkan isu sama pada awal percer4ian. Malah, katanya, dia pernah meminta bekas isterinya itu membawa is berkenaan ke muka pengadilan sekiranya tidak berpuas hati, tetapi hingga kini, masih tiada sebarang tindakan daripada wanita itu.
“Berhubung tuntutan nafkah yang dibangkitkan, perkara ini juga hanya akan didedahkan dalam mahkamah. Sebelum ini, saya pernah minta Fatin membuka fail jika benar saya berada di pihak yang salah.
“Tetapi, sudah lebih empat tahun bercer4i, tiada sebarang tindakan yang diambil. Oleh kerana dia enggan mengambil sebarang tindakan, jadi biarlah saya yang memulakan langkah,” kata Adam yang mendirikan rumah tangga dengan Fatin pada 2013, namun bercer4i pada 2017.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : myartis.com