Ini Punca Tun Mahathir Tersenarai Sebagai ‘Ekstrem1st Paling Bah4ya’ Di Dunia

Sebut sahaja nama Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu antara figura yang disegani dan dikagumi ramai.

Bagaimanapun, lain jadinya di Amerika Syarikat apabila Tun Mahathir disenaraikan salah seorang ‘ekstremist paling merbah4ya’ di dunia oleh Projek Kaunter Ekstremisme, sebuah badan bukan untung yang berpusat di New York.

Memetik laporan Coconuts, Tun Mahathir yang berusia 95 tahun itu berada di tangga ke-14 bersama-sama dengan pemimpin yang lain seperti Setiausaha Jeneral kumpulan pengg4n4s Hizbullah, Hassan Nasrallah dari Lubnan dan sami Buddha Ashin Wirathu dari Myanmar.

Meskipun Tun Mahathir tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kegiatan pengg4n4s, organisasi itu menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri tersenarai berikutan beberapa pendapatnya menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, kenyataan Mahathir mengenai ins1den berlaku di Perancis yang menyatakan bahawa umat Islam memiliki “hak untuk mar4h dan membunvh” sekaligus mengundang kec4man di media sosial.

Selain itu, kenyataan Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 2019 menyentuh isu yang terjadi di Jammu dan Kashmir juga menyebabkan kontroversi dengan rakyat India sehingga trending tanda pagar #BoycottMalaysia.

Senarai yang dikeluarkan oleh organinasi itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia dimana ada yang mengatakan AS tidak habis-habis dengan ‘senarai’ mereka, individu yang menentang, mereka akan pastikan akan dipandang sebagai musuh.

SUMBER: Cocounts

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : gulapop