Pakai Baju Koyak, Baru Je Kahwin Ayda Jebat Ded4h Perangai Sebenar suami

Pasangan sensasi yang sentiasa menjadi perhatian dan buah mulut orang ramai, siapa lagi kalau bukan Ayda Jebat dan Nabil Mahir, yang baru-baru ini telah menggemparkan media sosial apabila Ayda memuat naik video dirinya dan suami yang sedang honeymoon di Langkawi.

Di dalam video itu Ayda memaparkan sisi lain suaminya, yang dilihat hanya memakai baju tidur tetapi sedikit koyak di bahagian leher!

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ayda Jebat (@aydajebat)

Berbeza dengan pengantin-pengantin baharu yang lain, yang mungkin bersiap cantik, wangi dan kemas pada malam pertama, akan tetapi lain pula dengan pasangan ini.

Melihat pada kapsyen yang ditulis oleh penyanyi itu, Ayda membezakan dirinya bersama dengan Nabil yang dilihat hanya memakai baju tidur yang koyak, sementara dirinya memakai baju tidur honeymoon yang baharu.

“Inilah perbezaan baju tidur honeymoon perempuan VS baju tidur honeymoon lelaki. Perempuan bukan main semua beli baru! Lelaki? HAHAHA! #BeYourself Hahak! Wuvvchu la! 🤣

Baju ke roti kirai? Tag partner korang yang macamni. 😅”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat Nabil yang santai dan dikatakan sangat “rare” dengan pengantin baharu yang lain.

Rupanya bukan Nabil seorang je suka pakai baju koyak-koyak, ramai lagi rupanya!

Anyways, Happy Honeymoon Ayda & Nabil!

 

Sumber : Instagram Ayda Jebat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon 

Sumber: Hot Fm