11 Bonggol Atas Jalan Sudah Tiada. Sekali Cikgu Li datang jumpa jiran beliau dan bagi sesuatu

BESUT, 14 Jan — Seorang lelaki yang menimbulkan kekecohan di daerah ini kerana membina 11 bonggol di atas jalan di tepi rumahnya di Kampung Padang Luas, Jertih di sini Isnin lepas, memohon maaf atas perbuatannya.

Nor Muhamad Roslam Harun, 40, mengakui kesilapannya membina bonggol sebanyak itu dalam jarak tidak sampai 40 meter sehingga menyusahkan penduduk untuk keluar masuk ke jalan utama.

“Pagi semalam ada pegawai p0lis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membu4ng semua bonggol tersebut.

“Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Baru-baru ini tular di laman sosial mengenai seorang invididu berkongsi gambar jalan masuk ke rumahnya yang dibina 11 bonggol baharu menggunakan tar dan menyatakan bonggol tersebut dibina oleh jirannya.

Nor Muhamad Roslam berkata dia membina bonggol tersebut kerana terg4nggu dengan bunyi kenderaan disebabkan ada segelintir pemandu yang memandu laju di kawasan itu tanpa mengira masa.

“Bilik tidur saya berada di bahagian tepi yang berdekatan dengan jalan itu menyebabkan bunyi bising kereta dan motosikal mengg4nggu tidur. Saya tertekan sangat dengan masalah ini tambahan pula saya mempunyai masalah kesihatan (g4ngguan mental) tetapi belum lagi mendapatkan rawatan.

“Sebenarnya saya mahu membina bonggol yang landai sahaja tetapi tar itu cepat mengeras menyebabkan ia menjadi bonggol tinggi sehingga tidak boleh dilalui semua kereta kecuali pacuan empat roda,” katanya sambil memberitahu membelanjakan RM1,080 daripada pengeluaran RM5,000 wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

Semua dibu4ng: Nor Muhamad memberikan tanda bagus di atas jalan, bersebelahan rumah beliau di Kampung Padang Luas, Terengganu. — Bernama

Sebelum ini, tular di media sosial satu video yang mencetuskan kemarahan warganet apabila seorang pemandu menceritakan pengalamannya menggunakan jalan yang terdapat 11 bonggol. Bonggol tersebut dibina di tepi rumah seorang lelaki yang terletak di Kampung Padang Luas Jertih, Terengganu.

Difahamkan, lelaki tersebut membina bonggol tersebut kerana tidak ‘selesa’ dengan bunyi kenderaan yang lalu di situ. Pada masa yang sama dia juga khuatir jalan tersebut sering dipandu laju.

Guna duit i-Sinar

Tidak berakhir di situ, lelaki itu turut menceritakan dia menghabiskan RM1,080 hasil duit pengeluaran wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi kos-kos membina bonggol itu.

Hari ini, Cikgu Li dan Jirannya telah pun bersua-muka dan memilih jalan perdamaian. Cikgu Li juga memberikan sedikit wang imbuhan bagi mengantikan wang lelaki tersebut yang menggunakan duit KWSP bagi membina 11 bonggol

“Pagi ini Cikgu Li mengunjungi jiran yang viral dengan 11 bonggol untuk menghulurkan Salam Perdamaian

Cikgu Li juga menghulurkan sedikit sumbangan untuk meringankan beban beliau.

Semoga kita semua dapat hidup dalam aman damai dan harmoni selamanya.Ameen”

Tahniah. Semoga Allah memberkati cikgu Li dan jiran2.

VIDEO :

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : transformasi via AppleHijau