“Menghadapi masa pandemik ini, saya harus terus meyakinkan diri bahawa saya perlu kuat.” – Mawar Karim Mula Bersuara Untuk Terus Kuat Melawan V1rus C0vid-19 Ini

Seperti yang diketahui umum, usahawan selebriti dan bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim dan anak mereka, Wan Maryam telah disahkan positif v1rus c0v1d-19.

Ibu tunggal ini dan anak kesayangannya telah disahkan positif dan pada tanggal 3 Januari lalu sehingga kini dia masih menjalani rawatan dan ku4r4nt1n di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Mawar Karim, “Terima Kasih Beri Kata Semangat Kepada Double M”

Malah Mawar juga akui dirinya juga perlu kuat dalam melawan v1rus c0v1d. Seperti mana pengumuman oleh Perdana Menteri yang melaksanakan PKP 2.0 di beberapa buah negeri, ternyata Pandemik c0v1d-19 ini memberi kesan dalam kehidupan seharian setiap dari kita pada hari ini.

Malah amalan norma baru juga sangat penting dan kita mesti jaga kita dalam menentang v1rus bahaya ini!

“Mungkin ini masa sulit yang dihadapi oleh keluarga saya.

“Berharap yang terbaik, kes4kitan bukan penghalang tetapi memberi kekuatan kepada kami untuk terus lawan.

“Terima kasih yang tak terhingga kepada kalian semua yang berdoa dan memberi kata semangat kepada Double M.

Mawar & Maryam InsyaAllah Bertambah Sihat

“Mawar & Maryam InsyaAllah bertambah sihat.

“Menghadapi masa pandemik ini, saya harus terus meyakinkan diri bahawa saya perlu kuat. Yakin pada diri sendiri agar semangat untuk terus sihat. Apa yg berlaku pasti ada hikmah.

“Kepada semua Frontliner Terima kasih yang tak terhingga sanggup mengambil risiko, bagi memastikan kita semua dalam keadaan selamat,” tulisnya menerusi akaun Instagramnya.

Fizo Mohon Doakan Mawar & Anaknya Pulih Dari v1rus

Fizo bersama anak kesayangannya.

Imbas kembali, sebelum ini menerusi entri di laman sesawang Instagram, Fizo Omar menerangkan anak dan bekas isterinya positif v1rus c0v1d-19. Dan dia juga turut memohon agar orang ramai mendoakan agar mereka berdua pulih dari v1rus tersebut.

“Dengan berat hati dan penuh rasa tanggungjawab, saya nak maklumkan bahawa anak saya, Wan Maryam dan bekas isteri saya Mawar telah disahkan positif c0v1d-19 sejak 1 Januari 2021 dan kini sedang menerima rawatan di h0sp1tal.

“Syukur alhamdulillah keadaan mereka stabil. Saya telah pun menjalani swab test pada 2 Januari dan alhamdulillah keputusannya adalah negatif,” kongsi Fizo.

Semoga Double M, Cepat Sembuh Ya

Sumber/Sumber Foto: Instagram Mawar Karim

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MingguanWanita