Tak Percaya Berlaku Di Malaysia, Video Budak Merayu Minta Kotak Ini Buat Netizen Sed1h

Pertama kali melihat video ini, kami rasa macam tak percaya yang situasi sebegini benar-benar berlaku di negara kita. Video pendek berdurasi 2 minit lebih ini pada mulanya kelihatan biasa saja.

Pada mulanya perakam merakam aktiviti pemberian makanan kepada gel4nd4ngan. Mereka bergilir-gilir datang mengambil makanan yang diberikan.

Namun tak lama kemudian, ada seorang kanak-kanak ini mula meminta kotak yang digunakan oleh mereka yang memberikan makanan tersebut. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali.

Malah kanak-kanak lain dalam masa yang sama turut mahukan kotak tersebut. Menurut pemilik akaun @dom_raf1313 di Twitter, kotak tersebut sebenarnya adalah untuk dijadikan alas untuk duduk atau tidur.

“Tidur pun di kaki-kaki lima. Dengar tu budak kecik tu dari tadi nak kotak untuk dijadikan alas duduk dan tidur. Kita dah sampai ke tahap ini.. sed1h nya…,” kongsinya.

Kami kongsikan video tersebut di bawah dan semoga kita dapat sama-sama bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.

 Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Gulapop