(6 Gambar) Ameera Khan Kongsi Gambar Ekslusif Datin Noor Kartini Semasa Muda, Ramai Netizen Terpesona Dengan Kejelitaannya

Public figure media sosial yang juga merupakan adik kepada usahawan terkenal negara, Ameera Khan ada membuat beberapa perkongsian terbaru di insta story pada hari selasa yang lalu.

Perkongsian itu bukan mengenai dirinya tetapi mengenai ibunya, Datin Noor Kartini Noor Mohamed. Beliau telah berkongsikan beberapa gambar ibunya semasa muda yang kelihatan sungguh jelita. Patutlah adik beradik Ameera Khan semuanya elok-elok saja rupa paras mereka.

“Mama… Harimau pun nangis tengok ni,” tulisnya ringkas pada foto lama ibu tercinta bersama emoji.

Sementara itu dalam satu perkongsian lainnya, Ameera  sekali lagi menulis kapsyen berselor0h.

“Menangis ke tak menangis?,” titipnya lagi.

Di dalam beberapa gambar yang dikongsikan itu, jelas menggambarkan Datin Noor Kartini mempunyai raut jelita sejak dari dulu lagi.

Malah, usahawan tersebut juga kelihatan anggun mengenakan persalinan hitam dan putih lengkap dengan aksesori anting-anting sebagai pelengkap gayanya dalam foto tersebut.

Berikut adalah komen dari netizen.Rata-rata bersetuju dan memberikan komen terpesona dengan kecantikan Datin Noor Kartini.

 

Foto: Instagram Ameera Khan, Datin Noor Kartini

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH