Reaksi Mengejutkan Keith Foo Bila Bekas Isteri Ada Kekasih Baru

Pelakon kacak, Keith Foo kini selesa menjalani hidup solo dengan status sebagai seorang duda. Mengakui masih belum pengganti namun, Keith tidak menutup hatinya untuk berkahwin lagi.

Foto: Instagram Keith Foo

“Jujur saya cakap, tiada orang yang sudi berkenalan. Saya selesa hidup solo, namun hati ini tidak pernah tertutup untuk berumah tangga semula.” – katanya kepada Kosmo.

Walaubagaimanapun hubungannya dengan bekas isteri, Kim Raymond tetap harmoni demi kebaikan anaknya Skylar Raymond Foo. Sementara itu, Keith berkata, dia tidak kisah sekiranya bekas isterinya sudah menemui pengganti atau kekasih baru. Malah dia galakkan bekas isterinya untuk bertemu Kekasih Baru, jadi Keith dapat meluangkan masa bersama anak.

” Tentang bekas isteri, saya selalu gembira dengan siapa pun pilihan hatinya.” – ujarnya

Foto: Instagram Keith Foo

“Kalau dia ingin pergi ‘dating’, saya sangat galakkan, saya boleh jaga anak di rumah. Hubungan saya dengan Raymond tetap okey walaupun tidak lagi tinggal sebumbung sebagai suami isteri. Kami tetap jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada Skylar.” – akuinya

Mengenai perkembangan terbaru dalam bidang lakonan, Keith kini sibuk dengan penggambaran drama 22 episod berjudul Yang Bakal m4ti Ramadan Ini untuk siaran AwesomeTV.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : murai.my via ViralMy