Ini Sebab Kenapa Sarah Menangis Apabila Tidak Dapat Dapat Meluangkan Masa Bersama Anak-Anaknya

Ibu mana yang tidak sayangkan anak-anaknya. Apa yang kita lakukan hari ini adalah demi untuk kesenangan anak-anak dimasa hadapan kelak. Begitu juga dengan penyanyi, Siti Sarah Raisuddin yang berdepan hal sama.

Terpaksa bekerja hingga lewat malam seakan sudah biasa baginya dan suami, Shiub demi untuk memastikan masa depan mereka sekeluarga terjamin.

Kedua-duanya yang sibuk dengan perniagaan masing-masing membuatkan masa untuk anak kadangkala terjej4s. Pun begitu kata Sarah, walau sibuk macam mana sekalipun, ada waktunya dia cuba usahakan sebaiknya untuk meluangkan masa bersama ketiga-tiga anaknya.

“Tanpa ibu dan ayah takkan kemana lah kita, kejayaan seseorang itu adalah berkat doa dari mereka. Ingat, hanya kasih sayang dan doa yang dipinta. Semoga anak-anak ibu sentiasa dilindungi olehNya.

“Macam mana Sarah busy dengan kerjaya dan bisnes, Sarah akan tetap cuba cvri masa untuk habiskan waktu dengan anak-anak sebab tak nak mereka rasa jauh dengan ibu,” tulisnya.

Sarah berkongsi rasa ini menerusi sebuah video yang dikongsikan di instagramnya beberapa hari lalu. Video Sarah sambil menemani anaknya bermain golf itu mendapat pujian daripada pengikut Sarah di instagram.

Kata Sarah lagi menerusi video yang sama, dia pernah menangis hanya kerana tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya dek kerana terpaksa balik ke rumah lewat malam.

“Ada satu hari tu Sarah menangis bila tak dapat nak luangkan masa dengan anak-anak.

“Habis kerja lewat malam, balik je anak-anak dah tidur. Tapi inilah orang cakap pengorbanan untuk pastikan anak-anak Sarah hidup selesa di masa depan,” ceritanya lagi.

S4yu hati melihat luahan hati Sarah yang meminta maaf daripada anak-anaknya kerana sibuk bekerja. Malah berjanji untuk meluangkan lebih masa bersama anak-anaknya kelak.

“Ibu minta maaf kalau selama ini ibu sibuk dengan kerja. Insha-Allah ibu akan cuba cvri masa yang ada untuk bersama kalian semua. Ibu sayang anak-anak ibu,” luahnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Video Bonding Buat Wargamaya Terhibur

Terbaru, Sarah berkongsi sebuah video bonding bersama anak-anak yang memperlihatkan Shuib bermain golf di dalam rumah bersama anak-anak ketika musim PKP ini.

Ternyata video yang dikongsikan Sarah itu amat menghiburkan hati para pengikutnya.

“Kalau dah sampai bapak dia ikut cara anak apa cita. Anak bagi idea macam mana nak main dengan seronok dan smbil tu kita sepahkan rumah tanpa ada siapa pun yang berani marah.

“Cara caranya adalah “kita ajak bapak kita sekali “ 👍🏻👍🏻 good idea,” selor0h Sarah. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Perkongsian video mencuit hati itu membuatkan wargamaya terhibur melihat telatah Shuib ketika bermain bersama anak-anaknya. Memang menghiburkan. Inilah ruang, masa dan peluang yang dicari-cari selama ini bersama anak-anak.

Terdahulu, Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Mereka kini dikurniakan tiga orang cahaya mata pelengkap bahagia mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : pa & ma