“Selamat Hari Lahir Wahai Bunga Angkasa,”- Warganet Teruja Dengan Ucapan Romantis Ustaz Don Kepada Isterinya

Siapa yang tidak sayangkan isteri. Hari-hari istimewa isteri sebaiknya janganlah dibiarkan sepi tanpa ucapan. Biar pendek dan ringkas asalkan detik istimewa isteri sentiasa diingati suami.

Sesekali muncul di instagram, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid tampil dengan cukup gentlemen. Kali ini bersempena hari lahir isterinya yang tersayang, Dr Husna Mohd Zahry, Ustaz Don Daniyal tampil berkongsi sebuah puisi cukup indah buat isterinya.

Puisi dengan gabungan beberapa lirik lagu menjadi pilihan Ustaz Don untuk mengabadikan momen bermakna buat isterinya.

Malah gambar beliau bersama isteri tersayang sudah cukup menggambarkan rasa cinta yang membara buat isteri tersayang.

“Selamat Hari Lahir Wahai Bunga Angkasa,” tulis Ustaz Don di akhir puisi. 

Adinda Beta;

Angga Candra pernah berlagu,

“Aku tercipta olehNya

Untuk selalu cintai kamu

Beri aku kesempatan

Tuk bahagiakan dirimu

Kamu tercipta OlehNya

Untuk selalu aku cintai

Genggam erat tangan ini

Jangan sampai kau lepaskan

Sampai aku tutup usia

Kan ku jaga hatimu sampai aku tua

Walau keriput di pipimu terlihat

Takkan goyahkan cintaku yang begitu kuat”

Adinda Beta;

Kakanda Gerhana Ska Cinta pernah berlirik,

“Ke mana saja

Kau berlari bersembunyi

Ku tahu cintamu

Padaku teguh

Takku peduli cara

Dan tingkah lakumu

Kerna ku takkan pergi

Jauh dari sisimu

Dengarlah kasih

Kan kubina sebuah singgahsana

Untukmu berlindung dari hujan basah

Pabila malam ku termimpikan wajahmu

Takkan jiwa ragaku berakhir nikmatnya

Dengarlah kasih”

Adinda Beta,

Dihari AllahTaala menganugerahkan padamu usia,

Its a sickness if i ask you for more. Hanyasanya yang ku pohon padaNya,

Bertambah Usia bertambah Amalmu

Bertambah Usia bertambah Ibadahmu

Bertambah Usia bertambah Dekat dirimu dengan Dia Yang Mencipta

Bertambah Usia bertambah Kasih SayangNya atas dirimu kerana,

Diriku juga tiada apa-apa kalau bukan kerana Dia.

Sayangi Dia, seluruh alam pasti menyayangimu.

Cintai Dia, semesta alam akan mencintaimu.

Dan

Sudah pasti Sayang dan Cinta ku, ada terselit di dalam itu.

Selamat Hari Lahir Wahai Bunga Angkasa

Don Daniyal Don Biyajid

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Daniyal Biyajid (@ddaniyaldbiyajid)

Malah menerusi facebooknya, Ustaz Don turut menitipkan ucapan ringkas penuh makna buat cinta hatinya.

“Kelmarin 18 Januari hari lahir anak kami, Don Mustofa & Don Ibr0him.

“Hari ni 20hb hari lahir isteri saya. Selamat hari lahir dinda, Husna Zahry. Semoga panjang usia dalam keberkatan, dalam rahmat Allah. Terima kasih atas segalanya.

“Abang kakak doakan isteri saya boleh? Doakan juga dipermudahkan urusan bersalin tak lama lagi,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata pengikut di instagram ustaz kesayangan ramai ini turut men1ngg4lkan pelbagai ucapan sempena hari kelahiran Dr Husna yang kini sarat h4mil anak keempat.

“Sannah helwa Dr Hudna, saya baca puisi tu seb4k rasa hati, apa lagi yang punya diri. Indahnya setiap bait kata.”

“MashaAllah, romantiknya ustaz.”

“Fuh ustaz, bagi ayat cinta power”

“Fuyyo bersemut ustazz. Happy birthday to ur wife.”

Terdahulu Ustaz Don mendirikan rumah tangga bersama Dr Husna Mohd Zahry pada tahun 2012. Dan kini mereka dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata, Don Mustofa, Don Ibr0him dan Don Sulaiman. Kini Dr Husna juga sarat mengandung anak keempat mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Pa & Ma