“Tuhan Jagakan Dia Untukku. Lihat Kamu Berdua Membesar, Ingatkan Abiy Pada Ibu”- Kembar Membesar tanpa sempat merasai setitik susu ibu dan kasih ibu di awal kelahiran hingga kini

Genap 31 Mac ini setahun usia puteri kembar Medina Safiya dan Medina Sofiya. Membesar tanpa sempat merasai setitik susu ibu dan kasih ibu di awal kelahiran hingga kini bukan sesuatu yang mudah.

Tiada siapa sangka pemergian ibu di usia muda mengubah hidup anak ini dan tanggungjawab menjaga serta membesarkan kembar perempuan bergantung pada seorang ayah.

Menerusi perkongsian di Facebook Syazwan Najmi, walaupun diuji dengan kehilangan orang yang dia sayang, kehadiran kembar Safiya dan Sofiya yang kini semakin cerdik serta membesar dengan sihat satu anugerah yang sangat berharga.

Sekejap je masa berlalu anak-anak abiy. Dari awal sampai sekarang hanya mampu berdoa agar dikuatkan semangat dan ditabahkan hati. Terima kasih semua yang selalu mendoakan kami tiga beranak ini.

Walaupun bukan mudah untuk lalui hidup tanpa kekuatan seorang wanita bergelar isteri dan ibu, melihat senyuman dan keletah si kembar membesar sekarang ni pun satu nikmat yang sukar diungkapkan dengan kata-kata.

Hanya yang merasai saja akan memahami tapi itulah bila sesuatu takdir yang berlaku, Allah tahu kita mampu buat walaupun berat dugaannya.

Kongsi Syazwan Najmi lagi, walaupun sayalah ayah saya ibu pada anak-anak, seolah-olah dapat satu kekuatan luar biasa apabila Safiya dan Sofiya sangat mudah dijaga dan begitu manja.

Betullah orang kata bila ayah rapat dengan anak perempuan manjanya lain macam. Semua ini satu anugerah untuk saya biarpun di usia muda.

Sebelum ini media memaparkan kisah pilv yang menimpa isteri Syazwan Najmi, allahy4rh4m Siti Nur Nasuha Shafie, 23, yang men1ngg4l dunia pada 14 April lalu selepas dua minggu bertarung ny4wa akibat komplik4si dalaman selepas bersalin.

arw4h yang melahirkan bayi kembar perempuan pada 31 Mac tidak sempat menatap kedua cahaya mata sulung kerana berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Pa & Ma