Syukur alhamdulillah begitulah diucapkan oleh usahawan selebriti dan juga bekas isteri pelakon Fizo Omar, Mawar Karim apabila dia dan anak perempuannya Wan Maryam telah bebas daripada v1rus c0v1d-19 dan dibenarkan keluar daripada h0sp1tal.
Ibu tunggal ini dan anak kesayangannya telah disahkan positif pada tanggal 3 Januari lalu, ketika itu mereka menjalani rawatan dan ku4r4nt1n di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
v1rus c0v1d-19, Mawar Karim & Maryam Pulih Sepenuhnya
Berkongsi kisah terbaru mereka menerusi sesi soal jawab di Insta Stories, Mawar memanjatkan rasa bersyukur apabila dia dan anaknya sudah sihat sepenuhnya. Tambah Mawar lagi ayahnya juga semakin pulih.
“Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada kalian semua yang sentiasa mendoakan Double M (Mawar dan Maryam) dan keluarga saya.
“Saya rasa terharu atas doa-doa kalian yang banyak memberi semangat kepada saya dan keluarga. Walaupun mungkin kita tidak pernah kenal atau pernah jumpa.
“Semoga kita semua dalam keadaan yang baik untuk permulaan 2021,” luahnya.
Alami dem4m Panas Sebelum Positif
Sebelum disahkan positif v1rus merbah4ya ini, Mawar pada awalnya mengalami dem4m panas. Manakala puteri kesayangannya pula tidak mempunyai sebarang simptom.
“Bermula sebelum tahun baru, saya dah rasa dem4m setelah empat tahun tidak dem4m. Alhamdulillah.
“Di situ bermulanya. Mula ingat biasa-biasa dan Maryam pun tak ada tunjuk apa-apa simptom. Mula hari ketiga, dah mula rasa pelik juga dan pergi buat swab test.
“Maryam hanya dem4m setelah dimasukkan ke h0sp1tal. Saya pula, tak tahu nak cerita macam mana, tetapi lain orang lain rasa.
“Ketika rasa sesak nafas dan s4kit kepala sekali gus datang sampai otak terasa bivl (tak betul). Tapi tetap control cun depan keluarga sebab tak mahu keluarga saya risau,” tulisnya.
Sewaktu sesi soal jawab Mawar ditanya sewaktu ku4r4nt1n, makanan apa yang diambil?
“Saya makan macam-macam walaupun deria rasa sudah hilang. Tapi pada saya lebih bagus makan makanan yang sihat. Saya amalkan pengambilan suplemen seperti Vitamin C, Omega 3, Habatus Sauda, minyak zaitun, multivitamin, air kelapa tanpa gula, lemon dan orange”.
Berapa lama ya hilang deria rasa dan bau?
“Allah… yang pertama saya doakan semuanya baik-baik saja. Makan ubat macam biasa ya. Saya deria rasa dan bau almost 10 hari tapi depends orang lain. Cuma bila deria bau hilang sampai ke otak s4kit. Sampaikan Maryam bu4ng air besar pun tak bau apa pun dan tak sedar sampai Maryam beritahu,” kongsinya lagi.
Sumber/Sumber Foto: Instagram Mawar Karim
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mingguan Wanita