Aksi Siti Nurhaliza Masak Mi Goreng Dapat Perhatian, Walaupun Nampak Semput Tapi Tetap Comel!

Umum sudah mengetahui bahawa penyanyi nombor satu Malaysia, Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa dengan panggilan TokTi kini sedang h4mil lima bulan.

TokTi baru sahaja menyambut hari lahirnya yang ke-42 tahun pada 11 Januari lalu yang mana ia diadakan dengan penuh sederhana bersama dengan keluarga dan teman rapatnya.

Dalam masa yang sama, penyanyi lagu Biarlah Rahsia itu turut baru selesai menjalani pengambaran sebuah program yang memerlvk4nnya menujukkan skill memasak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

TokTi telah menunjukkan skill memasaknya dan sekali gus menarik perhatian peminat yang menonton video pendek tersebut.

Walaupun sedang h4mil, TokTi masih kelihatan cantik dan comel walaupun jelas kelihatan beliau seperti agak semput sedikit selepas selesai memasak.

Beliau turut sempat mengimbas kembali kenangan menjual kuih ketika masih menetap bersama dengan ibunya di Kuala Lipis.

Nampaknya ramai yang terliur dengan masakan TokTi itu, sampai ada yang kembali rasa lapar selepas menonton video tersebut.

Dalam perkembangan lain, TokTi baru sahaja melancarkan Music Video lagu Takhta Dunia di laman YouTube dan kini video tersebut telah ditonton sebanyak hampir 300,000.

Tak sabar pula rasanya nak tunggu single TokTi untuk anak keduanya tu nanti.

Agak-agak mesti ada juga macam Siti Aafiyah dulu kan?

Sumber foto dan video: Instagram TokTi dan Youtube

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : HotFM