Diam-Diam Anak 5 Tahun Order Kasut Frozen 2 Pasang. Siap Beli Sekali Untuk Adik

Memandangkan keadaan sekarang ni, semua duduk rumah dan masing-masing menggunakan platform atas talian untuk membeli barang atau membuat tempahan makanan, ia seolah menjadi perkara biasa.

Apabila aplikasi ini di install di telefon bimbit, ibu bapa mesti sentiasa berhati-hati kerana anak-anak boleh membukanya tanpa pengetahuan kita. Banyak berlaku kes di mana anak-anak membuat tempahan sendiri dan barangnya diterima secara mengejut.

Seperti perkongsian ibu ini, Ain Musa di Group Anak Sepahkan Apa Hari Ini apabila terkejut menerima parcel yang tak disangka-sangka setelah anak berusia lima tahun membeli kasut Frozen. Yang lucunya juga, si kakak turut membeli sepasang lagi kasut untuk adiknya yang berusia dua tahun.

Abang Ninja Van bagi salam

Maaf topik lain. Kali ni bukan pasal sepah, tapi anak shopping diam-diam kat Lazada.

Baru kejap tadi abang Ninja Van bagi salam macam aku 1km kuatnya. Berlari keluar sebab terkejut. Tengok-tengok ada barang.

Aku dah pelik ni. Dia pulak sebut nama aku. Aku tengok memang nama aku. Makin pelik ni sebab seingat aku memang tak ada pesan barang online baru-baru ni.

Blur tengok ada tempahan kasut

Punya penasaran, kat luar juga aku bukak. Tengok-tengok kasut budak. Aku jadi blur macam apa. Lepastu cek kat Shopee, takde. Tengok kat Lazada pulak, Mak hoii. Nak pengs4n, nak pitam, migrain aku. Allahuakbar. Entah bila masa dia main telefon aku pergi order pun taktau. Sebab dia tak pernah buat macam tu.

Dia pulak muka teruja. Serba salah nak mar4h. Aku pun bagi je la tanpa mar4h-mar4h. Aku cuma terkejut je harga penghantaran dia tu. Tak pernah aku kena gitu. Adoii.. Ni dia order dua pulak tu. Adik dia 2 tahun, kecil lagi memang tak muat. Satu lagi aku jual je balik kot. Siapa nak beli? RM60 je..

Dia order saiz 9-11 tahun. Dua pasang, kedai lain-lain. Dia baru umur 5 tahun. Disebabkan dia semangat, muat.

Dua hari sebelum kasut sampai, ibu ada pesan baju-baju Frozen. Konon nak buat kejutan la. Tup tup dia yang buat kejutan kat ibu dia. Macam tau-tau je ibu tak order kasut. Hadoiiii.. Kesian adik sed1h takde kasut cantik. Pakai selipar lama kakak dia je la.

Jadi pengajaran

Pengajaran, sila uninstall semua shopping online. Jadi tak la parah kalau kena lagi. Gara-gara tak buat password, padan muka ibu.

Gara-gara ibu kaki shopping online, set bayaran memang dah siap-siap, tinggal mintak OTP je.

Kongsi Ain, pembelian itu berjaya dilakukan hasil bantuan sepupunya yang berusia 8 tahun.

Sumber: Ain Musa (Anak Sepahkan Apa Hari Ini)

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : Pa&Ma