‘House Tour Please’- Mahu Kongsi Video Telatah Kucing Tapi Dekorasi Rumah Yang Jadi Perhatian Netizen

Bagi pencinta kucing, semestinya telatah Si Comel anda sentiasa menjadi penghibur anda. Oleh itu, ramai yang memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan.

Terbaharu, perkongsian video di TikTok @amindanish1990 menunjukkan telatah kucingnya yang mengikuti perintahnya pulang ke rumah mendapat perhatian netizen. Sebenarnya, dekorasi rumahnya yang menjadi perhatian bukannya gelagat kucingnya.

@amindanish1990

Kali ni mudah panggil brown masuk rumah. Kalau tidak satu bangunan dengar suara bapak 😂 sebab apa? Brown masuk rumah jiran 🤪

♬ original sound – Amin Danish

Rata-rata netizen mahu Amin Danish memuat naik video ‘house tour’ disebabkan terpegun melihat rumah apartment biasa tetapi dalam cantik seperti kond0minium mewah. Bukan itu sahaja, ramai yang memuji hasil tangan Amin menghias rumahnya itu.

 Saat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 40 ribu likes. Amin Danish ketika dihubungi The Vocket, beliau mengambil masa setahun untuk berjaya menghasilkan dekorasi secantik.

Bagi anda yang mahu melihat dekorasi rumah Amin yang tampil moden dengan sentuhan warna hijau ini, mari lihat gambar ruangan rumahnya. Jom!

Semoga perkongsian ini akan memberikan inspirasi buat anda yang mahu mencantikkan ruangan dalam rumah anda.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : https://www.thevocket.com/