‘Ingatkan Dah Serik..’ – Wallpaper Telefon Masih Gambar Suami, Netizen Luah Rasa Kecewa Dengan Rossalennah Natassyiah Asshafera

Sabtu lalu, Rossalennah Natassyiah Asshafera yang merupakan isteri kepada pelawak dan pengacara stesen radio popular mendedahkan di ignya mengenai suaminya yang bermain kayu tiga dengan seorang wanita yang sama pernah kantoi tahun lalu.

Rata-rata netizen bersimpati dengan nasib yang menimpa Rossalennah ini dan berharap agar dia tabah menghadapi dugaan ini kerana bukan pertama kali berlaku dalam rumah tangganya.

menerusi update terbaru di instagram miliknya, dia ada berkongsikan gambar wallpaper telefonnya dengan caption :-

Sedar tak sedar dah besar anak mama sorang ni, moga besar jadi anak yg solehah ya sayang.

Melihat perkongsian terbaru itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa apabila melihat Rossa Sera masih menggunakan gambar suami sebagai wallpaper di telefon.

Tidak semua yang mengecam dan kecewa dengan perkongsian tersebut, ada juga netizen memberikan semangat dan kata-kata nasihat meminta supaya Rossa memikirkan yang terbaik untuk rumah tangganya. Mereka turut mendoakan semoga urusan pasangan ini dipermudahkan.

Nasihat min, kita tidak tahu sepenuhnya apa yang berlaku dalam rumahtangga Shuk Sahar dan isterinya ini. Tidak perlulah kita berlumba-lumba nak bercerita atau menghvukum seperti kita tinggal serumah dengan diorang.

Lebih baik kita doakan yang baik-baik saja dan semoga apa yang berlaku dijadikan pengajaran kepada kita semua.Kita pun tak tahu masa depan kita bagaimana kesudahannya kelak.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : ig Rossa.Sera via portal beautifulnara