‘Aku Dah Cer4i, Best Day Of My Life’ – Zarina Anjoulie

SELEPAS enam bulan mendirikan rumah tangga, pelakon Zarina Anjoulie mengumumkan bahawa perkahwinannya dengan Eilyas Azhar sudah berakhir.

Zarina atau nama sebenarnya Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Fahizul mengesahkan perkara tersebut pada Rabu dan menganggap ia merupakan hari yang terbaik dalam hidupnya.

Malah, pelakon berusia 34 tahun ini juga meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Eilyas atau lebih dikenali sebagai Yas.

Zarina memilih untuk menutup ruang komen.

“Alhamdulillah, yay aku dah cer4i. Best day of my life… Alhamdullilah terima kasih Yas,” tulis Zarina.

Zarina berkongsi berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya namun tidak memberi maklumat lebih lanjut mengenai perpisahan mereka.

Aktres tersebut juga memilih untuk menutup ruang komen di perkongsian tersebut.

Pasangan ini berkahwin pada 17 Julai tahun lalu.

Zarina mendirikan rumah tangga dengan Eilyas pada 17 Julai tahun lalu di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan selepas empat tahun bergelar ibu tunggal.

Sebelum ini, dia pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berasal dari Brunei pada tahun 2015 dan bercer4i pada Disember 2016.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Awangku Gabriel Martin Ezra

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mStar