KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyasarkan portflio pelaburan mereka akan mematuhi amalan persekitaran, sosial dan tabdir urus (ESG) menjelang 2030.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias, strategi melabur dalam aset berkualiti ESG akan menjadikan pelaburan mereka berdaya tahan dalam persekitaran pasaran yang mencabar.
“Kami percaya ESG adalah vaksin kepada apa juga kr1sis.
“Pada 2020, kami melihat kepada aset yang mematuhi ESG, dan kami dapati meskipun ketika kemuncak penularan cov1d-19, ia merosot pada kadar lebih rendah berbanding aset lain,” katanya dalam temu bual bersama Bloomberg TV.
Untuk rekod, indeks FTSE bagi ekuiti yang terlibat secara signifikan dalam persekitaran meningkat 37 peratus pada 2020.
Alizakri berkata strategi pelaburan KWSP dalam tempoh cov1d-19 akan turut melihat syarikat yang menerima manfaat besar akibat pandemik.
“Kami melihat kepada sektor yang menerima manfaat susulan cov1d-19. Syarikat teknologi yang menggunakan rangkaian sosial bersepadu tanpa perlu sebarang interaksi sosial.
“Syarikat pembuatan cip juga menarik kerana orang ramai kini sedar kepentingan teknologi,” katanya.
Sementara itu Alizakri berkata pengisytiharan d4rur4t memberikan satu bentuk k3stabilan buat pasaran.
“Daripada perspektif pasaran, ia membawa banyak kepastian dan keadaan normal buat pasaran yang tidak menentu. Bagi kami, kami suka k3stabilan pada waktu sebegini,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : cempedakcheese.com